Slot Tempatan

Pengarah Sabri Yunus Kembali Dengan Filem Terbaru, BUTAK

Views

Bintang serba boleh yang begitu dihormati ramai, Sabri Yunus mempunyai dimensi tersendiri dalam setiap karya yang dihasilkannya sehingga mendapat perhatian ramai. Terdahulu, karya beliau, ‘Pok Ya Cong Codei’ (2018) yang disiarkan di saluran Astro Mustika dan Astro Citra telah mendapat sambutan luar biasa dan tular di media sosial kerana hangat diperkatakan oleh penonton dalam dan luar negara.

Bukan itu sahaja, karya lain seperti ‘Sangul Beracun’, ‘Hari-Hari Terakhir Seorang Seniman’, ‘Kita Bukan Anjing’, ‘Che Pa’ turut membuktikan Sabri Yunus sebagai seorang pengarah yang sentiasa perjuangkan karya berkisar akan adat dan kebudayaan serta sarat dengan mesej-mesej kerakyatan.

Kini, beliau kembali dengan buah tangan terbaru iaitu filem BUTAK yang akan terus ke pawagam rumah anda, Astro First, saluran 480 mulai 8 Oktober. Padat dengan mesej positif, Butak mempertaruhkan pelakon remaja yang juga pemenang Anugerah Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik Drama di Anugerah Skrin 2015 dan Pelakon Kanak-kanak TV Terbaik, Anugerah Seri Angkasa 2016, Izuan Fitri sebagai tunggak utama. Kali ini dia tonjolkan sisi berbeza daripada penampilannya dalam filem One Two Jaga (Filem Terbaik pada Festival Filem Malaysia Ke-30) dan filem Munafik.

Bukan itu sahaja, Butak menggabungkan pelakon-pelakon hebat senior dan baru antaranya Bohari Ibrahim, Kaza Saisi, Imuda, Khatijah Tan, Laila Nasir, Fimie Don, Melly Amalin, Saidi Sabri, Azman Hassan, Fazli Daniel Ali, Adrenna Rose, Omar Hj Abdullah, Ahmad Nizam Bahari. Sabri Yunus juga turut membuat penampilan sebagai Pak Man.

Butak mengisahkan tentang Butak yang nakal tetapi cerdik. Penduduk kampung sering mengadu akan setiap hal dan kekecohan yang Butak buat di kampungnya itu. Sehinggalah satu peristiwa yang meruntun hatinya, Butak merajuk dan menyalahkan diri sendiri lalu nekad untuk lari dari rumah.

Kisah yang Butak sering dengar tentang ibadat Haji membawanya ke Pelabuhan Penang. Terdetik di hati Butak untuk menaiki kapal merasai pengalaman itu sendiri. Sujud di depan Kaabah memohon maaf di atas di atas kesilapannya yang lalu dan berubah menjadi seorang yang lebih baik.

Penerbit Filem Butak dari Two Tones, Amru Najmi bin Osman berkata, “Butak merupakan sebuah filem arahan Sabri Yunus yang terkini dan nyata berlainan dari filem-filem yang sedia ada. Sabri Yunus yang kita kenali, sering memberikan nafas baru kepada genre-genre filem di Malaysia dan ianya sering mendapat perhatian peminatnya. Kisah Butak ini, antara sentuhan Sabri Yunus yang mengisahkan bagaimana seorang budak remaja yang sering dibenci oleh orang kampung kerana kenakalannya. Tetapi pada hakikatnya, Butak merupakan seorang remaja yang berjiwa murni dan jauh disudut hatinya, insaf ingin bertaubat kepada yang ESA.”

Sementara itu Naib Presiden, Ketua Astro Shaw & Nusantara, Raja Jastina Raja Arshad berkata “Istimewa buat penonton Astro, kami bawakan sesuatu yang berbeza daripada sebelum ini dengan tampilkan filem genre fiksyen terus ke pawagam rumah anda, Astro First. Lebih menarik lagi, Butak juga adalah sentuhan pengarah prolifik, Sabri Yunus yang sememangnya sering dikenali dengan karya-karya sastera serta elemen yang dekat dengan kehidupan masyarakat setempat. Kami harap Butak bukan sahaja mampu menghiburkan penonton malah turut dapat menyampaikan mesej tersurat dan tersirat yang dipersembahkan dengan cara kreatif sebagai pengajaran kepada masyarakat dalam kehidupan seharian.”

Jangan lupa untuk menonton filem Butak yang akan berada di pawagam rumah anda, Astro First saluran 480 mulai 8 Oktober ini. Dengan hanya RM15, penonton boleh menonton filem arahan Sabri Yunus ini selama 48 jam (2 hari) secara berulang-ulang. Ikuti info dan klip-klip menarik tentang Butak menerusi akaun Instagram, Facebook, Twitter Astro Shaw

Tinggalkan Balasan

shares
Enable Notifications    Ok No thanks