Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Pengarah Ready Or Not Akan Arahkan Filem Terbaru SCREAM

Bekas pengarah Ready or Not, Matt Bettinelli-Olpin dan Tyler Gillett dilaporkan bakal mengarah filem terbaru Scream, lapor portal hiburan Bloody Disgusting.

Pada November tahun lalu, portal yang sama telah mendedahkan bahawa, studios Spyglass Media akan menghidupkan kembali fancais Scream dengan penghasilkan filem terbaru berdasarkan francais yang dicipta Wes Craven dan penulis Williamson.


Setakat ini, plot filem masih lagi tidak didedahkan, tetapi berdasarkan laporan filem terbaru ini akan berkisarkan tentang seorang wanita yang pulang ke kampung halaman dalam usahannya untuk mencari individu yang melakukan beberapa siri jenayah kejam.

Kesemua filem kekal ‘canon’ manakala siri televisyen berada dalam mitologi mereka sendiri. Setakat ini tidak diketahui sama ada filem akan datang adalah filem ‘remake’ ataupun masih berada dalam dunia yang sama cipta Craven. Penulis asal francais, iaitu Williamson dilaporkan tidak terlibat dalam penulisan skrip.

Selain Scream, Spyglass Media turut terlibat dalam projek filem remake Hellraiser, dengan skrip kini sedang dirangka David S. Goyer (Terminator: Dark Fate).

Tarikh tayangan dan barisan pelakon akan diumumkan kelak.

Related posts

Astro Shaw Dapat Lesen Hak Cipta Untuk Hasilkan Filem Aksi Langsung “Keluang Man”

Kakimuvee

Trailer “Baymax!” Tetapkan Debut Spin-Off “Big Hero 6” Di Disney+ Hotstar

Kakimuvee

Bos Sony Pictures Beri Perkembangan Terbaru Tentang “Spider-Man 4”

Kakimuvee

Tonton 8 Minit Pertama Episod 1 “Stranger Things 4”

Kakimuvee

Mengembara Ke 1,000 Dimensi Bersama Syafiq Kyle & Adriana Adnan Dalam Drama Percintaan Fantasi Terbaharu Viu Original

Kakimuvee

Trailer “The Winchesters” Beri Pandangan Pertama Prekuel “Supernatural”

Kakimuvee

Leave a Comment