Berita

Pengarah The Raid, Gareth Evans Dilaporkan Akan Mengarahkan Filem Deathstroke?

Views

Laman web The Wrap melaporkan, pengarah filem aksi Indonesia, The Raid: Redemption dan sekuelnya The Raid 2 sedang berbincang dengan studio Warner Bros. untuk mengarahkan filem solo karakter DC iaitu Deathstroke. Pengarah itu juga memuatnaik gambar komik Deathstroke seolah-oleh memberi hint bahawa beliau akan mengarahkan filem tersebut.

Pelakon Joe Manganiello akan kekal mengalas watak Slade Wilson aka Deathstroke, seorang pembunuh upahan yang sangat mahir menggunakan apa jua jenis senjata. Joe Manganiello sepatutnya akan muncul dalam filem The Batman bersama-sama Ben Affleck sebagai pembawa watak antagonist filem tersebut, tetapi selepas Ben Affleck mengundurkan diri dari kerusi pengarahan filem The Batman dan diambilalih dari Matt Reeves, perubahan drastik dilakukan oleh pengarah War for the Planet of the Apes itu dengan mengeluarkan karakter Deathstroke dalam dari senarai-senarai watak filem The Batman.

I'm 37yrs old.... well 37 and 1/2....

A post shared by Gareth Evans (@ghuwevans) on

Karakter Deathstroke atau juga dikenali sebagai Slade Wilson dalam dunia komik DC dicipta oleh Marv Wolfman dan George Pérez. Ia membuat kemunculan pertamanya dalam komik The New Titans #2 pada tahun 1980. Ia juga merupakan musuh ketat The Batman dan beberapa kali bertarung dengan superhero Gotham tersebut. Deathstroke bukan sahaja seorang pembunuh upahan yang handal, malah pernah beberapa kali menewaskan Batman

Setakat ini tiada maklumat lanjut dan tarikh rasmi tayangan mengenai filem Deathstroke yang akan diterbitkan oleh Warner Bros. akan datang. Jika Gareth Evans mengarahkan filem ini, kita mungkin dapat melihat sebuah filem aksi superhero yang begitu mantap sebagaimana beliau mengarahkan filem aksi terkenal The Raid. 

Tinggalkan Balasan

shares
Enable Notifications    Ok No thanks