Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Tempatan

Pengarah PREBET SAPU ‘Bakar’ Beto Kusyairy


Baru baru ini satu video menjadi tular setelah dimuat naik di laman sosial oleh Nabila Huda dimana Beto Kusyairy melakukan aksi lagak ngerinya sendiri dalam penggambaran sebuah telefilem terbaru arahan Muzzamer Rahman bertajuk Halimun

Dalam video tersebut, Beto dilihat sedang bersiap sedia untuk merakamkan salah satu babak dalam telefilem akan datang sebelum salah seorang krew penggambaran menyalakan api untuk ‘membakar’ Beto. Aksi berani mati Beto yang membiarkan dirinya di’bakar’ membuktikan dia merupakan salah seorang pelakon hebat tanah air. 

Selain Beto Kusyairy telefilem Halimun turut menampilkan pelakon seperti Nabila Huda, Putri Balqis, Kodi Rasheed dan ramai lagi.

Muzzamer Rahman merupakan salah satu pengarah tempatan yang perlu diberi perhatian. Kejayaan beberapa filem pendek arahannya telah menaikkan namanya dalam industri perfileman tempatan dan luar negara. Antara yang telah mendapat pujian adalah filem pendek seram bertajuk NADIA yang dibintangi Sara Ali dan Beto Kusyairy. 

Kejayaannya diteruskan lagi apabila filem terbarunya, Prebet Sapu telah dipilih untuk mewakili Malaysia ke Anugerah Oscar 2022 dalam kategori ‘Best International Feature Films’. 


Dalam Prebet Sapu, Aman yang menganggur kembali ke Kuala Lumpur dan memulakan perkhidmatan pengangkutan secara haram (prebet sapu) kerana dia gagal mendapatkan lesen memandu kerana buta warna. Apabila tuan rumahnya menghalaunya keluar dari penginapan sewanya, Aman akhirnya terpaksa tidur di dalam keretanya. Pertemuan secara kebetulan dengan Bella, seorang ‘gadis pengiring’ Cina, memberikan Aman tinggal sementara di tempatnya

Diarahkan oleh Muzzamer Rahman, Prebet Sapu dibintangi oleh Amerul Affendi, Mei Fen Lim, Bront Palarae, Sharifah Amani, Nam Ron, Nadiya Nisaa, Chew Kin Wah, Jay Iswazir, Anas Ridzuan, Roslan Madun dan ramai lagi. Filem terbaru ini akan ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia bermula 16 Disember 2021!


Related posts

Viu Perkenalkan Drama Adaptasi Novel Popular, Jendela Hati Lakonan MK K-Clique, Anna Jobling dan Hanna Aqeela

Kakimuvee

Siri Popular ‘Kau vs Aku’ kembali untuk Musim ke-2

Kakimuvee

Unifi TV Melancarkan Kandungannya Sendiri

Kakimuvee

Astro raih 16 anugerah di Asian Academy Creative Awards 2023

Kakimuvee

Sepahtu Reunion Live Tour Tawan Johor Bahru Oktober Ini

Kakimuvee

WALID Angkat Isu Penculikan Kanak-Kanak, Sarat Dengan Aksi Seni Mempertahankan Diri Silat

Kakimuvee