Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
BeritaSiri TV

Pengarah “Moon Knight” Ketuai Projek “Loki” Musim 2


Menjelang pelancaran siri Marvel Disney+ yang diterajui Oscar Issac, pengarah Moon Knight, Justin Benson dan Aaron Moorhead telah dipilih untuk mengetuai projek Marvel Studios seterusnya. 

Menurut Deadline, mereka berdua akan mengarahkan beberapa episod dalam siri Loki Musim 2 dengan Eric Martin telah dipilih untuk menulis kesemua 6 episod dalam musim terbaru itu. Michael Waldron akan kembali sebagai penerbit eksekutif. 

Benson dan Moorhead sebelum ini telah mengarahkan dua episod siri misteri seram Netflix Archive 81. Mereka berdua terkenal dengan beberapa hasil kerja dalam genre seram seperti V/H/S: Viral, Spring, The Endless dan Synchronic. 

Agak menarik untuk melihat hala tuju musim kedua Loki dengan penyertaan pengarah yang terkenal dalam dunia seram. 

Musim kedua sekali lagi akan diterajui oleh veteran Marvel Cinematic Universe Tom Hiddleston, yang juga akan berkhidmat sebagai penerbit eksekutif.


Gugu Mbatha-Raw dan Owen Wilson juga baru-baru ini mengesahkan bahawa mereka akan memainkan semula peranan masing-masing sebagai Ravonna Renslayer dan Mobius.

Berlatarkan selepas peristiwa Avengers: EndgameLoki Musim 1 menampilkan kepulangan ‘God of Mischief’ apabila dia ditangkap oleh ‘Time Variance Authority’ kerana kerosakan garis masa yang berpunca darinya. 

Kesemua enam episod musim pertama Loki kini tersedia di Disney+ Hotstar. 


Related posts

Rob Liefeld Puji Urutan Aksi DEADPOOL & WOLVERINE, Sifat Yang Terbaik Selepas WINTER SOLDIER

Kakimuvee

Easter Egg Mayat ANT-MAN Di Paparkan Dalam Trailer Terbaru DEADPOOL & WOLVERINE

Kakimuvee

Rancangan Menarik Ini Memberikan Inspirasi Untuk Meraikan Hari Raya Dengan Penuh Bergaya

Kakimuvee

Anime Sci-Fi Ikonik Jepun “MACROSS” Akan Tiba Di Disney+ Hotstar Pada Tahun Ini

Kakimuvee

Disney+ Umum Senarai K-Drama Bagi Tahun 2024

Kakimuvee

Review Filem: The Marvels (2023)

Kakimuvee