Berita

Pengarah Maze Runner, Wes Ball Ketuai Projek Terbaru Planet of the Apes

Views

Pengarah filem The Maze Runner, Wes Ball telah dipilih untuk ketuai projek terbaru Planet of the Apes, lapor lama The Hollywood Reporter.

Perancangan filem terbaru Planet of the Apes telah lama dibuat sebaik sahaja Disney berjaya memiliki Fox awal tahun ini. Menurut perancangan asal, projek terbaru itu nanti akan ditetapkan dalam dunia yang sama seperti trilogi Planet of the Apes arahan Matt Reeves. Bagaimanapun, tidak dipastikan sama ada Ball akan menuruti perancangan tersebut atau sebaliknya.

Berdasarkan novel Perancis karya Pierre Boulle, Planet of the Apes berkisarkan tentang kebangkitan mawas dari segi kepandaian sehingga berjaya menyingkirkan pemerintahan manusia. Francais filem pertama bermula pada tahun 1968 dimana ia berkisarkan tentang seorang angkasawan yang mendarat di sebuah planet dimana manusia diperintah oleh mawas. Bagaimanapun diakhir filem angkasawan tersebut menyedari planet tersebut adalah Bumi yang musnah selepas peperangan nuklear.

Kejayaan filem pertama telah mendorong beberapa penghasilan sekual serta siri televisyen sepanjang era 70an. Filem remake telah dihasilkan pada 2001 yang diarahkan oleh Tim Burton, namun ia gagal mendapat sambutan.

Francais Planet of the Apes kembali bersinar selepas kejayaan filem reboot trilogi lakonan Andy Serkis. Trilogi berakhir menerusi filem War for the Planet of the Apes, dan bagi Matt Reeves dan Serkis, mereka berharap agar lebih banyak filem Planet of the Apes dapat dihasilkan.

Kepada peminat-peminat francais ini, apa harapan anda terhadap filem terbaru arahan Wes Ball akan datang? kongsikan pendapat anda diruangan komen.

Tinggalkan Balasan

shares
Enable Notifications    Ok No thanks