Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Tempatan

Pengarah Malaysia Dapat Pengiktirafan Di Festival Filem Manhattan


Sumber gambar: Astro Gempak

Pengarah filem tempatan, Dharius Zulkefli meraih pengiktirafan anugerah kategori Drama Keluarga Terbaik menerusi filemnya, The Selfish Ones di Festival Filem Manhattan.

Kejayaan pengarah yang menetap di New York ini menjadi kebanggan Malaysia selepas menang anugerah Suntingan Terbaik untuk filem pendek, Kun Fa Yakun mengatasi 45 filem lain pada Festival Filem Antarabangsa United (UIFF) sebelum ini.

Berkongsi pencapaian terbaru itu, Dharius menyatakan dia pada pada mulanya berdepan kejutan budaya ketika berada di luar negara dan berusaha mengatasinya.

“Saya perlu buktikan kemampuan artistik saya adalah suatu yang unik. Menjadi warga asing, apa yang penting Malaysia memberikan elemen unik yang sebenar terhadap sesuatu subjek dan saya sampaikan pada penonton Amerika dan Barat untuk berhibur,” katanya.

Nasihat terbaik sebagai pembikin filem muda daripadanya adalah jangan melalui hari tanpa menonton filem. Dharius menyatakan sama ada filem itu bagus atau tidak, ia mempunyai sesuatu yang boleh dipelajari.


“Sebagai karyawan filem, ia menjadi tugas untuk belajar filem lama mahupun baru. Kedua, jangan takut untuk gagal atau disingkir kerana ia hanyalah proses pembelajaran untuk setiap karyawan filem,” katanya.

Sumber: Astro Awani


Related posts

Review: Zombitopia (2021)

Kakimuvee

Review Filem: Tuju Tuju (2021)

Ahmad Fariszuan

“Roh” Disenaraikan Dalam 25 Filem Terbaik Asia 2020!

Is Mohd

Miimaland Kini Boleh Ditonton Di Astro First

Kakimuvee

Terus Dapat Sambutan! Mael Totey Raih Lebih RM 2.5 juta Dalam Tempoh 4 Hari

Kakimuvee

Mael Totey The Movie Kutip Hampir RM700 Ribu Pada Hari Pertama

Kakimuvee