Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Tempatan

Pengarah Mahu Hasilkan Trilogi BULAN DAN PRIA TERHEBAT

Sumber gambar: Gempak.com

Bulan dan Pria Terhebat sudahpun ditayangkan pada 12 Mei yang lalu. Filem terbaru Ghaz Abu Bakar ini menampilkan sedikit kelainan apabila menampilkan pelakon wanita sebagai teraju utama dalam sebuah filem bertemakan aksi komedi.

Ketika dimajlis pelancaran Bulan dan Pria Terhebat yang berlangsung di MBO Starling baru-baru ini, Ghaz Abu Bakar mendedahkan bahawa filem aksi komedi ini akan dihasilkan dalam bentuk trilogi dimana ia akan melibatkan penggambaran di Thailand dan Vietnam (via Cinema Online).

“Sebenarnya saya ingin menghasilkan trilogi, di mana Bulan akan cuba menghapuskan semua sindiket perdagangan manusia di Malaysia, kemudian ke Thailand dan diakhirkan di Vietnam. Namun semua ini bergantung kepada sambutan penonton terlebih dahulu. Insya-Allah perancangan ini boleh dipertimbangkan”

Di penghujung filem ini, terdapat satu babak dimana Bulan sedang berbelas tembakan dengan penjenayah dan telah meminta bantuan Pria Terhebat sebelum ditamatkan dengan babak kredit. Babak tersebut menunjukkan kemungkinan filem sekuel.

Bulan dan Pria Terhebat mengisahkan tentang Bulan, bekas pelatih pasukan khas Indoneisa, yang cuba mencari adiknya yang diculik oleh sindiket pemerdagangan manusia. Dia mendapat bantuan tiga lelaki yang mengelarkan diri mereka sebagai Pria Terhebat.

Dibintangi Zahirah MacWilson sebagai teraju utama, filem aksi komedi ini turut menampilkan terkenal seperti Zizan Razak serta Bell Ngasri, Alif Hadi, Khir Rahman, Maya Karin, Mimi Ernida, Sein Qudsi, Aprena Manrose dan Didie Alias.

Bulan dan Pria Terhebat kini sedang ditayangkan dipawagam-pawagam tempatan.

Related posts

5 Animasi Tempatan Untuk Memberi Hiburan Kepada Kanak-Kanak Pada Hari Malaysia Ini

Kakimuvee

DRAMA ‘THE HOTEL’ BERI PERSPEKTIF LAIN TENTANG ISU KESIHATAN MENTAL

Zulaikha

Anime Pertama Tempatan ‘Satria 7 Pahlawan’ Akan Tersedia Di Netflix Selasa Ini

Kakimuvee

Drama Terbaru ‘HASRAT TERSIRAT’ Sarat Dengan Konflik

Zulaikha

ASTRO SIAR TAYANGAN EKSKLUSIF ‘ALL TOGETHER NOW MALAYSIA’ SEMPENA SAMBUTAN ULANG TAHUN KE-25

Zulaikha

5 Rancangan Tempatan Yang Pernah Kita Tonton Sewaktu Kecil

Kakimuvee

Leave a Comment