Berita

Pengarah LOGAN James Mangold Sahkan Hugh Jackman Tidak Pernah Memakai Sut Wolverine

Views

The Wolverine merupakan antara filem yang memiliki 'deleted scene' paling menarik dalam sejarah filem komik / superhero. Dalam babak yang dipotong itu, Logan aka Wolverine telah menerima sut yang mirip seperti sut yang dipakai karakter tersebut dalam komik-komik X-Men.

Selama bertahun-tahun peminat mengharapkan Hugh Jackman akan menggunakan sut tersebut, tetapi  filem-filem X-men selepas The Wolverine menyaksikan karakter adiwira itu langsung tidak menggunakan sut klasik Wolverine, sebaliknya hanya mengenakan pakaian atau sut yang tidak memberikan sebarang 'homage' kepada komik asal.

Bagi peminat yang mengharapkan terdapat gambar atau video Jackman mengenakan sut Wolverine pada penghujung filem The Wolverine, pengarah James Mangold tampil memberi penjelasan.

Menerusi media sosial Twitter, Mangold menjelaskan bahawa Jackman tidak pernah mengenakan sut Wolverine dan percaya pada karakter tersebut tanpa perlu berpakaian seperti 'superhero'

Dikala semua adiwira live action - baik dari Marvel dan DC memiliki sut atau uniformnya sendiri, Wolverine aka Logan menjadi satu-satunya adiwira yang tidak perlu berpakaian seperti superhero, tetapi masih mampu meninggalkan kesan kepada penonton dan diingati sehingga hari ini.

Kakimuvee - Portal Informasi Perfileman

Tinggalkan Balasan

Add your own review

Rating

shares