Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Pengarah Kingsman Sedang Dipancing Oleh Warner Bros. Untuk Arahkan Sekuel Man Of Steel 2

Pengarah filem Kingsman, Matthew Vaughn dilaporkan sedang berbincang dengan studio Warner Bros. untuk mengarahkan sekuel filem Superman yang telah lama tertangguh iaitu Man of Steel 2. Filem superhero pertama DCEU yang diterbitkan pada tahun 2013 itu telah lama menjadi persoalan buat peminat-peminat filem DC selepas tiada perkhabaran terbaru mengenai bilakah sekuel filem solo Superman itu akan dihasilkan.

Walaupun Warner Bros. telah mengumumkan beberapa filem terbaru superhero mereka bakal dihasilkan termasuklah Man of Steel 2, tetapi perkembangan filem mereka dilihat terlampau perlahan malah peminat juga sedikit keliru dengan perancangan mereka lebih-lebih lagi apabila studio berkenaan mengumumkan filem origin Joker yang dikatakan tidak berada dalam universe DCEU.

Menurut laman web Moviepilot.com, Matthew Vaughn memberi sedikit hint mengenai khabar angin yang mengatakan beliau sedang dilamar oleh Warner Bros untuk arahkan Man of Steel 2 oleh wartawan serta perancangan filem terbarunya akan datang.

“I am planning another Kingsman, I’ve written the treatment and some of the scenes…I don’t know what I’m going to do next but I have had chats about Superman. I love Superman.” – Matthew Vaughn

Pengarah filem Kingsman itu merupakan salah seorang pengarah terkenal di Hollywood dan pernah hasilkan beberapa filem Blockbuster antaranya dua filem Kingsman, Kick-Ass, X-Men: First Class dan juga Stardust. Malah beliau juga peminat komik dan siri-siri filem seperti Star Wars seperti peminat-peminat lain dan dianggap mampu menghasilkan sebuah filem superhero seperti yang diharapkan oleh peminat.

Buat masa sekarang ini, Matthew Vaughn dilaporkan sudah memulakan penggambaran filem ketiga Kingsman walaupun filem keduanya belum memulakan tayangan dipawagam.

Kepada peminat-peminat DCEU khususnya, adakah anda mahu Vaughn mengarahkan Man of Steel 2 atau anda pengarah yang lebih dari beliau untuk mengarahkan sekuel kedua Superman?

Related posts

Trailer Penuh “Hitman’s Wife’s Bodyguard” Pasti Buatkan Korang Terhibur

Kakimuvee

Komen Gal Gadot Mengenai Konflik lsr4el-Palestine Mendapat Kecaman

Kakimuvee

Marvel Studios Dedah Poster Karakter “Black Widow”

Kakimuvee

Netflix Kongsikan Video Featurette ‘Sweet Tooth’

Kakimuvee

Joss Whedon Ugut Mahu Hancurkan Karier Gal Gadot

Kakimuvee

Trailer Pertama “Venom: Let There Be Carnage” Perkenalkan Cletus Kasady & Carnage

Kakimuvee