You are here Home » Pengarah Kingsman Mahu Arahkan Filem MCU Fantastic Four

Pengarah Kingsman Mahu Arahkan Filem MCU Fantastic Four

Sejak Kevin Feige ‘bermain angin’ di San Diego Comic Con dengan menyebut perancangan filem Fantastic Four, pelbagai khabar angin melibatkan barisan pelakon, telah mula tersebar diluas dikalangan peminat-peminat Marvel.

Setakat ini beberapa nama seperti Jonah Hill, Will Smith, Seth Rogen, John Krasinski dan juga Dwayne “The Rock” Johnson telah dikaitkan dengan watak-watak Fantastic Four. Tetapi bagaimana pula dengan pengarah?

Ketika bercakap dengan wartawan ComicBook.com semasa mempromosikan filem terbaru The King’s Men, pengarah Matthew Vaughn cuba menarik perhatian Marvel Studios apabila secara terang-terangan mengatakan minat untuk mengarahkan filem Fantastic Four untuk MCU.

“Yeah I’ve always loved the idea of doing Fantastic Four as it was originally written,”

“I mean it’s one of my favorite comics and I actually think that Fantastic Four, as a nice piece of IP, is in theory as big as Spider-Man. I think those, the values of Fantastic Four and Spider-Man, I think those are the reason, if you’re a kid, you can imagine being a part of the Fantastic Four family and you can imagine being Peter Parker. So yeah, I think Fan-Four would be the one that would excite me the most.”

Vaughn bukanlah satu nama asing dalam dunia perfileman adaptasi komik. Dia sebelum ini pernah mengarahkan filem X-Men: First Class untuk Fox pada 2011 dan terlibat dalam beberapa siri filem Kingsmen serta filem Kick-Ass. 

Setakat ini, Marvel Studios belum mengumumkan secara rasmi perancangan filem Fantastic Four. Namun jika mereka sudah memberi lampu hijau untuk mengerakkan projek, agak siapakah pengarah yang sesuai untuk mengetui projek tersebut? adakah Matthew Vaughn? atau ada pengarah lain yang lebih sesuai. Kongsikan pendapat anda.

Loading...