Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Tempatan

Pengarah Kecewa Filem Aku Bukan Gila Dicetak Rompak

Pengarah Rahila Ali sekali lagi dikecewakan dengan isu cetak rompak apabila satu lagi filemnya, Aku Bukan Gila menjadi mangsa kepada individu tak bertanggungjawab yang memuat naik dan menjual filem arahannya itu secara haram. 

Ketika bercakap kepada Harian Metro baru-baru ini, pengarah tersebut meluahkan rasa kecewanya selepas isu cetak rompak masih lagi berlaku. 

Dalam tahun ini saja, dua filem arahan saya dimuat naik dan dijual secara haram oleh individu tidak bertanggungjawab. Sebelum ini, Ada Apa Dengan Dosa dan sekarang, Aku Bukan Gila pula.

Saya tak tahu nak marah atau kecewa atau sedih kerana dah tak tahu apa lagi tindakan yang perlu diambil untuk menghentikan kerja-kerja cetak rompak ini. Saya berharap sangat pihak berkuasa mengambil tindakan sepatutnya atau mungkin lebih keras kerana ini adalah sesuatu yang salah,” 

Menurutnya, mungkin ada pihak yang menganggap isu cetak rompak ini sebagai isu kecil, tetapi tidak bagi penggiat filem.

Bayangkan kalau anda bekerja dalam bidang anda sendiri dan keluarkan modal untuk hasilkan satu produk, dan tak lama selepas itu produk itu ditiru. Tentunya ini menyalahi undang-undang.

“Aku Bukan Gila ditayangkan di platform digital iflix secara percuma, tapi masih lagi ada individu tidak bertanggungjawab yang merakam dan memuat naik di media sosial. Malah, ada juga yang menjual pautan filem itu dalam bentuk VCD serta pemacu pena,” katanya.

Rahila berkata, pihaknya juga sudah berbincang dengan penerbit mengenai masalah itu dan tindakan yang akan diambil.

Aku Bukan Gila yang ditayangkan di saluran iflix menggandingkan pelakon Beto Kusyairy, Fasha Sandha dan Wanna Ali . Ia diterbitkan Pencil Pictures yang mengetengahkan kisah masalah mental, bipolar disoder

Sumber: Harian Metro

Related posts

TRAILER 18 Puasa Di Kampong Pisang: Barkoba Ingin Kongsi Rezeki Bersama Masyarakat

Kakimuvee

NETIZEN TENTUKAN PLOT TWIST ‘MIS TRES HERMANAS’ MALAYSIA

Zulaikha

Bell Ngasri & Rakan-Rakan ‘Kantoi’ Puasa Dalam Teaser “18 Puasa Di Kampong Pisang”

Kakimuvee

SELEBRITI POPULAR KONGSI HOBI & KOLEKSI KENDERAAN PERIBADI DALAM PROGRAM AUTOMOTIF ‘RODA PANAS’ DI SALURAN NAURA

Isqandar

iQiyi Bergabung Tenaga Bersama FINAS Dalam Kempen Anti Cetak Rompak #JanganTontonHaram

Zulaikha

Lebih Banyak Tayangan Perdana Kandungan India Tempatan & Antarabangsa Di Astro

Zulaikha