Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Pengarah “Justice League”, Zack Snyder Ucap Terima Kasih Kepada Peminat Atas ‘Sokongan Luarbiasa’


Filem “Zack Snyder’s Justice League” telahpun ditayangkan di perkhidmatan streaming HBO GO (untuk pasaran Asia) pada hari Khamis yang lalu, dan versi ‘Snyder Cut’ yang berdurasi 4 jam itu mendapat sambutan yang sangat luarbiasa dari peminat sehingga berlakunya gangguan pelayan di beberapa lokasi di Asia. 

Tanpa sokongan peminat terhadap gerakan #ReleaseTheSnyderCut, sudah tentu “Zack Snyder’s Justice League” tidak akan dilepaskan. Sehubungan itu, Snyder telah berkongsi video ucapan terima kasih kepada peminat atas sokongan yang berterusan dan luarbiasa mereka. Anda boleh lihatnya dibawah.

Sejauh mana kejayaan filem ini memberi kesan kepada HBO Max dan HBO Go masih belum diketahui, tetapi sekiranya berjaya membawa sejumlah besar pelanggan baru, ada kemungkinan Warner Bros. akan memikirkan kembali strategi DCEU dan memberi peluang kepada Snyder untuk menyambung semula kisahnya. 

Apapun harapan peminat untuk melihat ‘Snyder Cut’ sudahpun tercapai, dan kini terserah kepada mereka melancarkan kempen #RestoreTheSnyderVerse pula dan memujuk pihak studio agar membenarkan Zack Snyder kembali untuk meneruskan visi dan kisahnya dalam DCEU.

Sudahkah anda menonton “Zack Snyder’s Justice League”? jika sudah berikan pendapat anda diruangan komen. Filem terbaru ini boleh didapati di platform streaming HBO Go atau di Astro On Demand.



Related posts

Siri Reboot Harry Potter Akan Teroka Buku-Buku Asal Dengan Lebih Mendalam

Kakimuvee

Trailer Aquaman and the Lost Kingdom Pratonton Filem Terakhir DCEU

Kakimuvee

Filem Lakonan Shin Hye-Sun & Kim Sung-Kyun Akan Ditayangkan Di Pawagam Tempatan Pada 28 September Ini

Kakimuvee

The Nun 2 Merangkak Jauh Di Box Office Pada Minggu Pembukaan

Kakimuvee

Netizen Kecewa Dengan CGI Buruk Atlanna Lakonan Nicole Kidman Dalam Teaser Aquaman and the Lost Kingdom

Kakimuvee

[VIDEO] Teaser Aquaman and the Lost Kingdom Pratonton Filem Terbaru DC

Kakimuvee