Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Pengarah John Wick Chad Stahelski Bergandingan Dengan Derek Kolstad Untuk Hasilkan Remake THE MAN FROM NOWHERE


Pengarah John Wick Chad Stahelski akan bergandingan dengan Derek Kolstad untuk menghasilkan semula filem hit Korea Selatan, The Man From Nowhere untuk New Line Cinema.

Ini merupakan remake kedua New Line Cinema selepas berjaya mendapatkan hak untuk menghasilkan semula filem Train to Busan pada September tahun lalu yang mana filem tersebut akan ditulis oleh Gary Dauberman dan diterbitkan James Wan.

The Man From Nowhere merupakan filem paling laris di Korea Selatan pada tahun 2010 dengan kutipan menjangkau $42 juta dolar. Filem yang ditulis dan diarahkan Jeong-beom Lee itu menduduki tangga pertama selama lima minggu sejak ia ditayangkan.

Filem asal berkisar tentang seorang penjaga kedai pajak yang tenang tetapi mempunyai masa lampau yang ganas dan kejam. Dia perlu berhadapan dengan sindiket pengedaran dadah dan organ demi menyelamatkan seorang kanak-kanak yang merupakan satu-satunya sahabatnya.

CJ Entertainment akan turut terlibat sebagai penerbit untuk remake Hollywood ini.


Kodstad baru-baru ini telah menulis lakonlayar filem John Wick: Chapter 3 untuk Lionsgate. Stahelski dan Kolstad telah bekerjasama dalam penghasilan francais John Wick yang berjaya meraih $260 juta seluruh dunia.


Related posts

Lee Sun Bin, Kim Min Seok Akan Membintangi Filem Seram Terbaru

Kakimuvee

BALLERINA: Pengarah Kongsikan Kemaskini Spin-Off John Wick Lakonan Ana de Armas

Kakimuvee

Selepas 12 Hari Di Tayangkan Di Korea, Sleep Telah Mencatat Lebih 1 Juta Penonton

Kakimuvee

Filem Lakonan Shin Hye-Sun & Kim Sung-Kyun Akan Ditayangkan Di Pawagam Tempatan Pada 28 September Ini

Kakimuvee

Review Filem: Sleep (2023)

Kakimuvee

Filem Seram Korea ‘SLEEP’ Akan Ditayangkan Di Pawagam Pada 14 September Ini

Kakimuvee