Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Pengarah Jelaskan Kenapa Kong Tidak Muncul Dalam Godzilla: King Of The Monsters

Walaupun banyak ‘reference’ mengenai Kong ditunjukkan semasa babak kredit filem Godzilla: King of the Monsters, ramai peminat sebenarnya tertanya-tanya mengapa Kong tidak kelihatan dan menyahut panggilan King Ghidorah seperti mana raksasa-raksasa yang lain.

Pengarah filem berkenaan, Michael Dougherty tampil memberi penjelasan kenapa Kong berani ‘ponteng’ dalam acara amukkan kaiju di bandar-bandar utama dunia dan juga pertarungan merebut jawatan PM diantara Godzilla dan King Ghidorah.

Memetik dari novel ‘tie-in’ filem Godzilla: King of the Monsters yang ditulis Greg Keyes, raja Skull Island itu sebenarnya mendengar panggilan King Ghidorah, tetapi memutuskan untuk ‘buat pekak saja’.

Kong sebenarnya merasa ‘annoying’ dengan panggilan kaiju berkepala tiga itu dan hanya mengambil berat untuk menjaga tempat tinggalnya, Skull Island.

Jadi, ini menjawab kenapa Kong tidak bersama-sama dengan kaiju lain untuk menyertai (atau menjadi penonton) pertarungan akhir diantara Godzilla dan King Ghidorah. Dia hanya mementingkan kawasannya sahaja, tempat lain? politik diantara kaiju? dia tidak ambil peduli.

Related posts

Hayden Christensen Akan Kembali Sebagai Darth Vader Dalam Siri Star Wars: Ahsoka

Kakimuvee

Trailer Ambulance: Jake Gyllenhaal & Yahya Abdul-Mateen II Terajui Filem Thriller Terbaru Michael Bay

Kakimuvee

Ryan Gosling Sertai Filem Barbie Dengan Membawa Watak Ken

Kakimuvee

Netflix Lancar Trailer Rasmi & Poster Terbaru “Red Notice”

Kakimuvee

Alec Baldwin Secara Tidak Sengaja Menembak Mati Sinematografer & Mencederakan Pengarah Di Set Penggambaran “Rust”

Kakimuvee

Trailer Uncharted Soroti Babak Yang Diambil Dari Permainan Video

Kakimuvee

Leave a Comment