Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Pengarah Indonesia Timo Tjahjanto Ketuai Remake ‘Train To Busan’ Di New Line Cinema

Selepas berjaya memenangi hak untuk menghasilkan remake filem hit Korea Selatan “Train to Busan” (2016) dua tahun yang lalu, New Line Cinema mula menggerakkan projek remake mereka dengan mengambil pengarah Indonesia Timo Tjahjanto (May the Devil Take You, The Night Comes for Us) untuk mengarahkan filem “Train to Busan” versi Hollywood. 

Filem remake itu akan diterbitkan Atomic Monsters, syarikat penerbitan milik maestro seram James Wan, pengarah prolifik yang telah menghasilkan francais Saw, Insidious, The Conjuring, The Aquaman dan turut menerbitkan remake Mortal Kombatyang mana trailer pertama telah dilancarkan awal pagi tadi. 


Filem asal “Train To Busan” diarahkan Yeon Sang-ho. Ia mengikuti kisah seorang pekerja dan ayah yang menemani anak perempuannya dalam perjalanan dengan kereta api untuk bertemu ibu kepada kanak-kanak itu.

Bagaimanapun, malapetaka tercetus apabila zombi mula menyerang keretapi yang dinaiki mereka, dan si ayah mesti bekerjasama dengan sekumpulan orang yang masih hidup untuk melawan zombi dan melindungi anaknya.

“Train to Busan” menjadi hit di Asia, dan berjaya mengatasi rekod box office Korea Selatan untuk menjadi filem Korea paling laris sepanjang zaman.

Filem tersebut dibintangi Gong Yoo (The Age of Shadows), Jung Yu-mi (Manhole), Ma Dong-seok (Along With the Gods: The Last 49 Days ), Choi Woo-sik (Big Match. Okja), An So-hee (Hellcats), Kim Eui-sung (Assassination), dan Kim Su-an (The Battleship Island, Along With the Gods: Two Worlds).

Tahun lalu, Yeon kembali dengan filem kedua berjudul “Train to Busan: Peninsula” yang menampilkan pelakon-pelakon baru yang diterajui Gang Dong-won da Lee Jung-hyun.

Versi Hollywood akan ditulis oleh Gary Dauberman (Annabelle, The Nun), yang turut bertindak sebagai penerbit menerusi syarikatnya Coin Operatior bersama James Wan (Atomic Monster) dan Nicolas Atlan serta Terry Kalagian. Penerbit eksekutif adalah Judson Scott, Sidonie Dumas, Christophe Riandee, dan Johanna Byer.

Buat masa ini tarikh tayangan dan barisan pelakon masih belum diumumkan pihak studio.

Related posts

Filem Aksi-Langsung PAC-MAN Akan Dihasilkan

Kakimuvee

Pelakon Suara “Pingu”, Carlo Bonomi, Meninggal Dunia

Kakimuvee

Bintang “The Flash” Ezra Miller Telah Didakwa Atas Kesalahan Pecah Rumah Di Vermont

Kakimuvee

#RekaanRakyat: The Assistant, Kill-Fist, & Ceroboh Mengembangkan Lagi Kandungan Tempatan Di Netflix

Kakimuvee

Rosario Dawson ‘Terlepas Cakap’, Sahkan THE PUNISHER Sedang Dirancang Marvel Studios

Kakimuvee

Rose Byrne Kembali Sebagai Renai Lambert Dalam “Insidious 5”

Kakimuvee

Leave a Comment