Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Pengarah Incredible Hulk Dalam Rundingan Untuk Hasilkan Sekuel BRIGHT 2


Louis Leterrier, pengarah filem The Incredible Hulk lakonan Edward Norton dilaporkan sedang dalam perbincangan untuk mengarahkan filem sekuel Bright untuk Netflix.

Bright 2 telah mula dirancang sejak ia ditayangkan pada Disember 2017. Ayer sepatutnya kembali menjadi pengarah dan penulis untuk projek terbaru ini bersama-sama Evan Spiliotopoulos (Snake Eyes), tetapi pembikin filem Suicide Squad itu terpaksa mengundurkan diri dari menjadi pengarah atas sebab tertentu.

Bagaimanapun, lakon layar masih lagi dikreditkan kepada Ayer dan Spiliotopoulos meskipun ia diolah semula oleh T.S. Nowlin (Pacific Rim: Uprising). Bintang utama Will Smith dan Joel Edgerton dilaporkan akan kembali meneruskan watak masing-masing.

Netflix berharap penggambaran dapat dilakukan sebaik sahaja pandemik COVID-19 berakhir.

Selain The Incredible Hulk, Leterrier turut dikenali menerusi filem Clash of the Titans dan Now You See Me. Dia kini terlibat dalam projek terbaru Netflix the Dark Crystal: Age of Resistance dimana dia menjadi penerbit eksekutif dan juga pengarah.


Bright memulakan tayangannya pada 22 Disember 2017 dan menjadi antaran filem Netflix yang paling banyak ditonton pada minggu pertama tayangan. Meskipun gagal mendapat tempat dihati pengkritik, ia tidak menghalang peminat untuk menyukai filem ini.

Kepada para peminat Bright, adakah anda tidak sabar untuk menantikan sekuel filem ini? kongsikan keterujaan anda!


Related posts

Zuko Pamer Skil ‘Firebending’ Dalam Klip Video Avatar: The Last Airbender

Kakimuvee

Jumlah Penonton ‘Rebel Moon Part 1’ Di Netflix Telah Didedahkan

Kakimuvee

Dokumentari Jenayah Jho Low MAN ON THE RUN Akan Tayangan Di Netflix Pada Januari Ini

Kakimuvee

Rancangan Realiti Single’s Inferno Akan Kembali Pada 12 Disember Ini

Kakimuvee

Trailer Pertama Sweet Home Musim 2 Telah Didedahkan

Kakimuvee

Trailer Leave the World Behind Menampilkan Barisan Pelakon Bintang

Kakimuvee