Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Pengarah “Happy Death Day” & “Underwater” Bergandingan Dalam Projek Reboot “Paranormal Activity”

Pembikin filem Happy Death Day Christopher Landon akan bergandingan dengan pengarah Underwater William Eubank dalam projek reboot Paranormal Activity, lapor The Hollywood Reporter.

Filem terbaru ini bukanlah ‘remake’ atau kesinambungan, sebaliknya digambarkan sebagai reboot kepada siri Paranormal Activity. 

Sebelum menghasilkan filem slasher ‘time-loop’ popular Happy Death Day, Christopher Landon merupakan penulis lakonlayar utama untuk francais Paranormal. Dia merupakan penulis skrip untuk filem sekuel, ketiga, keempat serta mengarahkan filem spin-off berjudul The Marked Ones yang diterbitkan pada 2014. 

2019 yang lalu menandakan ulangtahun ke-10 filem pertama Paranormal Activity, yang mana ia telah mencipta kejutan di box office antarabangsa dengan meraih lebih $193 juta dolar berbanding modal pembikinan hanya $15 ribu dolar.

Kejayaan filem pertama telah mewujudkan lima sekuel dan berjaya mengumpul lebih $890 juta dolar seluruh dunia, satu kutipan yang cukup mengagumkan kerana francais ini hanya menggunakan modal yang cukup kecil iaitu sekitar $28.015 juta dolar.

Filem ketujuh Paranormal Activity ini akan diarahkan oleh William Eubank, manakala barisan pelakon dan plot masih belum diketahui. Paramount Pictures telah menetapkan tarikh tayangan iaitu pada 4 Mac 2022.

Related posts

Emily Blunt Sedang Dalam Rundingan Untuk Bintangi Filem Terbaru Christopher Nolan, “Oppenheimer”

Kakimuvee

Strim Siri Hit Terkini & Filem Warner Bros. Di HBO GO Dengan Harga RM 23.30 Sebulan

Kakimuvee

Marvel Studios Tunda Doctor Strange 2, Thor: Love and Thunder, Black Panther 2,& Banyak Lagi

Kakimuvee

Trailer Antarabangsa Ghostbusters: Afterlife Beri Lebih Banyak Rakaman Terbaru

Kakimuvee

Trailer Olaf Presents: Snowman Kegemaran Peminat Akan Menceritakan Semula Animasi Klasik Disney Dalam Siri Filem Pendek

Kakimuvee

DC FanDome: Video Aquaman and the Lost Kingdom Beri Pandangan Pertama Black Manta

Kakimuvee

Leave a Comment