
Pengarah Ghostbuster Ivan Reitman dilaporkan telah meninggal dunia pada usia 75. Pekara tersebut disahkan sendiri oleh keluarga mendiang.
“Keluarga kami bersedih atas kehilangan suami, bapa, dan datuk yang tidak dijangka yang mengajar kami untuk sentiasa mencari keajaiban dalam hidup,” kata anak-anak mendiang, Jason Reitman, Catherine Reitman, dan Caroline Reitman dalam satu kenyataan bersama.
“Kami berasa selesa kerana kerjayanya sebagai pembikin filem membawa ketawa dan kegembiraan kepada ramai orang lain di seluruh dunia. Walaupun kami berkabung secara peribadi, kami berharap mereka yang mengenalinya melalui filemnya akan sentiasa mengingatinya.”
Reitman, yang mula menghasilkan filem pada tahun 70-an, menjadi penulis dan pengarah popular pada tahun 80-an. Filem Stripes lakonan Bill Murray dan Harold Ramis menjadi filem hit pertamanya, disusuli Ghostbuster, yang segera menjadi budaya pop dengan meraih kutipan AS$300 juta di pentas box office.
Mendiang juga menghasilkan filem sekuel Ghostbusters II dan bekerjasama dengan Arnold Schwarzenegger dalam beberapa filem seperti Twins, Kindergarten Cop, dan Junior.