Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Pengarah Filem Suicide Squad Menyesal Tidak Jadikan Joker Sebagai Penjahat Utama

Salah satu sebab kenapa peminat-peminat filem DC kecewa dengan filem Suicide Squad adalah disebabkan penjahat utamanya adalah Enchantress (lakonan Cara Delevinge) bukannya Joker (lakonan Jared Leto) seperti yang disangkakan oleh peminat. Pengarahnya, David Ayer juga baru-baru ini turut menyesal kerana tidak menjadikan Joker sebagai villain utama dalam filem arahanya itu.

David Ayer mendedahkan penyesalannya dilaman Twitter semasa membalas ‘twit’ dari peminatnya. Malah, semasa rakan artis memuji filem Suicide Squad arahanya itu, Ayer juga berkata, dia mampu membuat filem itu lebih baik jika dia membuat perubahan semasa pembikinan filem tersebut.


“Believe me. I agonize over this. Yes. Joker should have been main bad guy,” – David Ayer

Dalam filem Suicide Squad, watak Joker tidak begitu menonjol dalam filem berkenaan dan dianggap sebagai watak tempelan sahaja. Peranannya dalam filem tersebut hanyalah untuk mencuba menyelamatkan kekasihnya Harley Quinn yang ditahan di penjara. Sebaliknya watak Enchantress dijadikan sebagai villain utama.

Ini bukan kali pertama David Ayer menyesal tidak menjadikan Joker sebagai utama Suicide Squad. Awal tahun lalu, Ayer juga membalas twit peminat mengenai watak Joker, malah Ayer juga memberitahu, jika dia mempunyai mesin masa, dia akan patah balik ke masa lampau untuk memperbetulkan kesilapannya itu.

“Wish I had a time machine,” “I’d make Joker the main villain and engineer a more grounded story. I have to take the good and bad and learn from it.”

Related posts

Foto Belakang Tabir “Echo” Menampilkan Kepulangan Vincent D’Onofrio Sebagai Kingpin

Kakimuvee

Filem Aksi-Langsung PAC-MAN Akan Dihasilkan

Kakimuvee

Pelakon Suara “Pingu”, Carlo Bonomi, Meninggal Dunia

Kakimuvee

Bintang “The Flash” Ezra Miller Telah Didakwa Atas Kesalahan Pecah Rumah Di Vermont

Kakimuvee

#RekaanRakyat: The Assistant, Kill-Fist, & Ceroboh Mengembangkan Lagi Kandungan Tempatan Di Netflix

Kakimuvee

Rosario Dawson ‘Terlepas Cakap’, Sahkan THE PUNISHER Sedang Dirancang Marvel Studios

Kakimuvee

Leave a Comment