Filem spinoff Star Wars, Han Solo telah kehilangan pengarah apabila kedua-duanya dilaporkan meninggalkan projek filem berkenaan. Menurut laman web The Hollywood Reporter, Phil Lord dan Christopher Miller telah meninggalkan projek berkenaan disebabkan masalah perbezaan “Idea kreatif”.
“Phil Lord and Christopher Miller are talented filmmakers who have assembled an incredible cast and crew, but it’s become clear that we had different creative visions on this film, and we’ve decided to part ways. A new director will be announced soon,” – Kenyataan Presiden Lucasfilm, Kathleen Kennedy.
Walaubagaimanapun, pengunduran kedua-dua pengarah tersebut tidak menganggu jadual tarikh tayangan filem berkenaan yang dijadual akan ditayangkan pada 25 Mei 2018.
Filem Han Solo buat masa ini sedang aktif melakukan pengambaran di kota London sejak Februari yang lalu, dan menurut laporan, projek berkenaan tinggal beberapa minggu sahaja lagi sebelum pengambaran tamat dan sesi pengambaran semula dijadualkan pada musim panas nanti.
Buat masa ini, siapakah pengarah pengganti masih belum diketahui, menurut Kennedy, mereka sedang mencari pengarah secepat mungkin.

Sebelum ini, filem spinoff pertama Star Wars, Rogue One turut mengalami masalah yang sama, apabila Tony Gilroy dibawa masuk menggantikan Gareth Edward untuk membuat penulisan dan pengambaran semula.
Lord dan Miller telah bekerjasama mengarahkan Han Solo sejak Julai 2015. Kedua-duanya dikenali dalam penghasilan filem LEGO Movie, Cloudy with a Chance of Meatballs, 21 Jump Street dan sekuel 22 Jump Street.