Berita

Pengarah Filem Badi Lega Filem Tidak Dipotong LPF

Views
sumber: mStar Online
sumber: mStar Online

Pengarah Eyra Rahman mengakui pada mula dia agak bimbang jika filem seram ketiga arahannya "Badi" akan dipotong oleh Lembaga Penapisan Filem Malaysia (LPF), namun bersyukur apabila akhirnya ia tidak dipotong.

"Saya mulanya risau juga banyak babak akan dipotong, namun Alhamdulillah filem ini tidak dipotong langsung. Maknanya ia sesuai untuk di tonton.

"Cumanya saya hairan juga filem seram ini tiada langsung dipotong dan filem komedi saya pula yang banyak dipotong," katanya kepada Sinar Harian.

Eyra bagaimanapun berkata, sebagai penggiat seni dia perlu patuh pada peraturan walaupun tidak bersetuju, tetapi ia mungkin untuk kebaikan bersama.

Tambah pengarah "Pengantin Malam" dan "Gudang Kubur", dia masih menaruh kepercayaan terhadap filem bergenre seram walaupun industri perfileman tempatan kini dilihat semakin nazak. Dalam pada itu, Eyra turut mengakui persaiangan hebat dari filem luar mungkin antara salah satu faktor penonton kurang menonton filem tempatan, selain kualiti filem tempatan yang masih belum menepati kriteria yang dimahukan oleh penonton.

Eyra bagaimanapun berkata dia akan tetap terus berkarya dan menghasilkan filem-filem berkualiti mengikut selera penonton pada masa kini.

Sumber: cinema.com.my

Tinggalkan Balasan

shares
Enable Notifications    Ok No thanks