Pengarah filem Ex Machine yang juga penulis filem Dredd, Alex Garland dilaporkan berminat untuk arahkan filem Swamp-Thing. Beliau mendedahkan minatnya itu semasa sesi soal jawab di Reddit bersama peminat.
Pengguna Reddit telah bertanyakan karakter komik manakah pengarah berkenaan berminat untuk hasilkan filem, dan Garland menjawab Swamp-Thing.
Swamp-Thing bukanlah karakter superhero yang sedang dirancang oleh Warner Bros. dan DC untuk dihasilkan filem, tetapi pihak studio dilihat bersungguh-sungguh mahu memperkenalkan Justice League Dark kepada penonton dimana karakter Swamp-Thing antara karakter utama dalam filem paranormal superhero itu.
Filem terbaru Alex Garland, Annihilation yang menampilkan Natalie Portman bakal ditayangkan tidak lama lagi. Jadi kepada peminat filem-filem DC, apa pendapat anda mengenai pengarah Alex Garland ini jika beliau mengarahkan filem Justice League Dark?
Sumber: Comicbookmovie.com