Berita

Pengarah DON’T BREATHE Bakal Arahkan Filem Zombie Berjudul 16 STATES

Views

Pandemik COVID-19 menyebabkan banyak projek-projek filem ditangguhkan. Tetapi ia tidak menghalang studio Lionsgate mengumumkan perancangan terbaru mereka. Menurut laporan THR, Lionsgate bakal menghasilkan filem terbaru berjudul 16 States

Pengarah Don’t Breath dan Evil Dead, Fede Alvarez telah diberi tanggungjawab untuk mengetui projek filem, manakala skrip ditulis oleh John Requa dan Glenn Ficarra (Jungle Cruise, This is Us).

Filem bertemakan zombi pandemik thriller ini dikatakan mempunyai “lakaran filem zombie lakonan Will Smith, I Am Legend,” yang mana ia memberi tumpuan kepada seorang ibu yang cuba mencari keluarganya di tengah-tengah pandemik yang menjangkiti manusia dan menjadi zombi.

Roy Lee dan Miri Yoon dari Vertigo Entertainment akan menjadi penerbit bersama-sama dengan Requa, Ficarra dan Charlie Gogolak melalui studio Zaftig Films. Alvarez, Shintaro Shimosawa dan Rodolfo Sayagues dari Bad Hombre turut menjadi penerbit.

Tiada tarikh tayangan diumumkan studio Lionsgate.

Tinggalkan Balasan

shares