Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Asia

Pengarah Dedahkan Bahawa PENINSULA Akan Lebih Mendebarkan Dari TRAIN TO BUSAN

Dalam temubual bersama Screen Daily baru-baru ini, pengarah Yeon Sang-Ho telah kongsikan butiran terbaru filem Peninsula dengan menggambarkan sekuel Train To Busan ini akan lebih berskala besar dan lebih mendebarkan dari filem pertama.

Dalam pada itu, gambar terbaru Peninsula turut didedahkan dimana ia memaparkan keadaan Korea Selatan selepas kejadian Train To Busan. Anda boleh saksikan gambar terbaru dibawah.

“The scale of Peninsula can’t compare to Train to Busan, it makes it look like an independent film,”

“Train to Busan was a high-concept film shot in narrow spaces whereas Peninsula has a much wider scope of movement.”

Peninsula dibintangi Kang Dong Won, Lee Jung Hyun, Lee Re, Kwon Hae Hyo, Kim Min Jae, dan Goo Kyo Hwan. Kang Dong Won akan memainkan peranan utama sebagai Jung Suk, karakter yang akan menentang keganasan Zombi bersama-sama Min Jung lakonan lakonan Lee Jung Hyun.

Pelakon kanak-kanak Lee Rae akan memainkan peranan sebagai Joon Yi, manakala aktor veteran, Kwon Hae Hyo akan membawakan peranan Kim Noh In, ahli kumpulan Ming Jung yang paling tua. Sementara itu, Kim Min Jae dan Goo Kyo Hwan akan membawakan peranan sebagai pasukan penyelamat.

Sekuel kali ini akan berlatarbelakangkan 4 tahun selepas kejadian Train To Busan dimana keseluruhan kawasan semenanjung menjadi tanah terbiar dan dikuasai zombi. Bagaimanapun terdapat segelitir manusia yang masih hidup, menanti untuk diselamatkan.

Peninsula dijangka menemui penonton pada 2020.

Related posts

Finale “Hospital Playlist 2” Capai Penilaian Tertinggi Sepanjang Musim

Zulaikha

iQiyi’s New Original Chinese-Language Series Rainless Love in a Godless Land Premieres On October 17th

Zulaikha

So Ju Yeon, Jung Yi Seo, & Jo In Bintangi Drama Istimewa KBS

Zulaikha

iQiyi Akan Menayangkan K-Drama Suspen Terbaru Bertajuk “Jirisan”

Kakimuvee

5 Sebab Kenapa “Squid Game” Akan Menjadi Siri Netflix Kegemaran Anda

Zulaikha

iQiyi Spices Up Its K-Drama Offerings With Two New Shows Filled With Mystery And Suspense

Zulaikha

Leave a Comment