Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Pengarah Deadpool 2 Bakal Arahkan Filem Spin Off Fast & Furious

Pengarah filem Deadpool 2, David Leitch dikatakan sedang dalam perbincangan awal untuk mengarahkan filem spin off Fast & Furious yang telah dirancang sejurus selepas tayangan filem The Fate of The Furious tahun lepas.

Menurut laporan dari laman web The Hollywood Reporter, filem spin off berkenaan akan menampilkan Dwayne Johnson dan Jason Statham selaku watak utama. Chris Morgan yang menulis sebahagian besar lakonlayar untuk franchise Fast & Furious iaitu sejak filem Tokyo Drift dipertanggungjawabkan untuk menulis lakonlayar filem spin off ini nanti.

Studio Universal Pictures telah menetapkan tarikh tayangan filem spin off ini pada 26 Julai 2019.


David Leitch yang juga merupakan bekas pelakon lagak ngeri membuat penampilan pertamanya sebagai pengarah apabila bekerjasama dengan Chad Stahelski mengarahkan filem John Wick. Beliau turut mengarah sebuah lagi filem aksi yang menampilkan Charlize Theron sebagai pelakon utama iaitu Atomic Blonde serta menjadi pengarah kedua untuk filem Ninja Assassin, Hitman: Agent 47 dan Captain America: Civil War.

Kepada para pembaca, apa pendapat anda sekiranya David Leitch dipilih mengarahkan filem spin off Fast & Furious? mungkin aksi-aksinya akan kelihatan lebih asli berbanding aksi dari filem franchise Fast & Furious sebelum ini yang dikatakan semakin mengarut dan tidak masuk akal.

Related posts

“Guardians of the Galaxy Vol. 3” Akan Menjadi Yang Terakhir Buat Pasukan Superhero Galaksi MCU

Kakimuvee

Poster Terbaru “The Batman” Mempamerkan Penguin dan Riddler

Kakimuvee

“Mortal Kombat 2” Kini Sedang Dibangunkan, Jeremy Slater Jadi Penulis

Kakimuvee

Dwayne Johnson Bangunkan Filem Adaptasi Permainan Video Terbaru

Kakimuvee

Spin-Off “A Quiet Place” Ditunda Ke Tarikh Baru

Kakimuvee

[VIDEO] Ben Mendelsohn, Cobie Smulders & Emilia Clarke Kelihatan Di Set Penggambaran “Secret Invasion”

Kakimuvee