Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Pengarah David Leitch Sahkan Penerbitan Sekuel NOBODY


Selepas memulakan tayangannya pada 2021, filem aksi Nobody, yang menunjukkan sisi yang berbeza bintang Breaking Bad dan Better Call Saul Bob Odenkirk, segera mendapat pujian penonton dan berjaya merekodkan kejayaan box office yang mengagumkan dengan mengutip AS$57.5 juta dolar berbanding bajet pembikinan sekitar AS16 juta. 

Dan, ketika khabar angin mengenai sekuel filem aksi tersebut mula tersebar, pengarah David Leitch tampil memberikan berita gembira kepada peminat Nobody. 

Semasa mempromosikan filem Bullet Train, Leitch, yang menerbitkan Nobody, mengesahkan bahawa, kesinambungan filem itu secara rasmi sedang dibangunkan di Universal Pictures. 

“Oh, saya rasa semua orang sangat teruja dengannya,” pengarah Deadpool 2 itu berkata. “Semua orang yang terlibat seperti, ‘Tetap bersemangat.’ Kami sedang dalam proses skrip, dan saya rasa kami sangat seronok membuatnya.”

“Kelly [McCormick] dan saya gembira, pelakonnya gembira, studio menyukai hasilnya, dan ia berlaku. Maksud saya, saya fikir ia berlaku secepat yang kita boleh buat.”


Butiran lanjut mengenai sekuel tersebut mungkin akan diketahui tidak lama lagi. Dengan penggambaran Better Call Saul telahpun selesai, jadual Odenkirk nampaknya tidak begitu sibuk dan dia mungkin sudah bersedia untuk melakonkan wataknya sebagai bekas pembunuh upahan kerajaan, Hutch Mansell. 

Dijangkakan, penggembaraan Mansell akan terus berkembang, dan ia berpotensi untuk menjadi francais aksi sehebat John Wick. 

Nobody mengikuti kisah seorang lelaki berkeluarga yang lemah lembut yang, selepas rumahnya dirompak, kembali ke kehidupan lamanya yang berbahaya, menyebabkan dia menjadi sasaran raja dadah yang berdendam. 


Related posts

Justin Timberlake Kembali Dengan Kumpulannya Dalam Trailer Trolls Band Together

Kakimuvee

Video ‘The Last Voyage of the Demeter’ Tunjuk Bagaimana Raksasa Dracula Di Hidupkan

Kakimuvee

Projek Live-Action ‘How to Train Your Dragon’ Ditunda Susulan Mogok Penulis & Pelakon

Kakimuvee

Tom Cruise Masih Mengerjakan Filem Angkasa Lepasnya

Kakimuvee

Universal & Illumination Akan Bangunkan Animasi Legend Of Zelda

Kakimuvee

[VIDEO] Christopher Nolan Berikan Sebab Kenapa Anda Harus Menonton Oppenheimer Di Pawagam IMAX

Kakimuvee