Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Tempatan

Pengarah Dakwa, Produser Filem Tipu Dana Kerajaan?

Seorang pengarah drama, Shuhaimi Zulkefli baru-baru ini telah mendedahkan kisah yang berlaku pada kru produksi yang ditipu oleh produser filem yang mahu mendapatkan dana dari pihak kerajaan untuk menyiapkan sebuah projek pembikinan filem. Filem yang dimaksudkan adalah Perangsang Rentap, yang telah ditayangkan pada tahun lalu

Menurutnya, dia diantara kru produksi yang masih belum menerima bayaran daripada produksi Unique Twins milik Lina Johor dan adiknya, Diana Johor yang bertanggungjawab menerbitkan filem tersebut.

Suhaimi Zulkefli terpaksa mendedahkan pekara tersebut kepada umum kerana tiada penyelesaian diantara pihak yang terlibat dengan pihak produser.

‘Saya terpaksa mendedahkan cerita itu kerana tidak nampak sebarang penyelesaian daripada produser selepas sekian lama memperjuangkan nasib kami. Kesan daripada projek ini sangat kuat, semua tidak dapat bayaran. Bukan sahaja kru, malah bayaran katering, orang asli, pengurus resort, pengusaha sewa bot sehinggalag kepada pelakon tambahan yang diimport dari luar negara tidak dibayar produksi’ – Shuhaimi Zulkefli (Harian Metro)

Pendedahan yang dilakukan oleh Shuhaimi Zulkefli dilaman Facebook beliau

Berdasarkan kronologi yang didedahkan oleh Suhaimi, filem Perangsang Rentap pada asalnya berjudul Rentap dan mula menjalani penggambaran pada 2011 dibawah pengarahan Kamal Ishak. Kemudian kru produksi ditukar dan diserahkan kepada Osman Ali pada 2013,

2014 menyaksikan kru produksi bertukar lagi dan dibawah pengarahan Hashim Rejab dan 2016 produksi bertukar tangan kepada Unique Twins sendiri dan ditukar tajuk kepada Perangsang Rentap serta diarahkan oleh Lina Johor.

Suhaimi mempersoalkan kebenaran dakwaan pihak produksi yang menerima dua dana filem bernilai RM4 juta, selepas dua kali gagal menyiapkan filem Rentap. Menurutnya lagi, pihak kru seperti dipermainkan oleh produksi & projek filem sengaja digagalkan semata-mata mahu mendapatkan dana seterusnya.

Antara pendedahan lain yang dibuat oleh Suhaimi, Perangsang Rentap sepatutnya dihasilkan dalam bentuk telefilem kerana bajet yang rendah, bagaimanapun ia ditukar format untuk tayangan filem tahun lalu dan krew yang terlibat dalam pembikinan projek telefilem Perangsang Rentap itu didakwa turut ditipu juga oleh pihak produser.

Klik sini untuk mengentahui kronologi penuh kisah disebalik penggambaran filem Rentap

Related posts

Tayangan Perdana ‘Take CTRL’ Siri Asli Komedi Keluarga Di Astro

Kakimuvee

Astro Beri Akses Tontonan Percuma Untuk Semua Saluran Filem & Korea Mulai 29 Januari – 6 Februari 2022

Kakimuvee

VIVO Melancarkan ‘Shout it Out’, Filem Pendek Terinspirasi Berdasarkan Kisah Benar Seorang Atlet Para Yang Tekad

Kakimuvee

Kehadiran Elizad Sharifuddin & Iqram Dinzly Suntik Kelainan Dalam Drama “Hati Yang Dikhianati”

Zulaikha

WeTV Malaysia Mempersembahkan Siri Original Pertamanya, VILLA KRISTAL

Zulaikha

Filem Terbaru Adrian Teh “The Assistant” Akan Ditayangkan Mac Ini, Saksikan Trailer & Poster Rasmi Pertama Disini

Kakimuvee

Leave a Comment