Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Pengarah “Creed II”, Steven Caple Jr. Akan Arahkan Filem Terbaru “Transformers”

Menurut laporan Deadline, pengarah Steven Caple Jr. telah dipilih untuk ketuai pembikinan filem terbaru Transformers. 

Buat masa ini, tiada perincian mengenai plotnya. Berkemungkinan besar, filem akan datang mungkin menyambung cerita dari ‘soft reboot’ Bumblebee yang ditayangkan pada 2018. 

Butiran penggambaran masih belum didedahkan, namun pihak studio mensasarkan tarikh tayangan pada 24 Jun 2022. 

Filem ini merupakan entri terbaru dalam francais yang telah mengutip lebih $4 billion dolar seluruh dunia, bermula dari filem hit arahan Michael Bay yang ditayangkan pada 2007. Sejak dari itu, penonton telah menikmati lima sekuel termasuklah dua ‘soft reboot’ iaitu Transformers: Age of Extinction (2014) dan Bumblebee yang diarahkan oleh Travis Knight. 

Filem terbaru Transformers ini diterbitkan Lorenzo di Bonaventura dan Michale Bay bersama-sama penerbit eksekutif Steven Spielberg, Brian Goldner, dan Mark Vahradian. Lakonlayar akan ditulis oleh Christina Hodson (Unforgettable). 

Related posts

The Suicide Squad: James Gunn Goda Beberapa Babak ‘Post-Credit’

Kakimuvee

Trailer Terakhir “A Quiet Place Part II” Buatkan Korang Tak Sabar Nak Tonton Sekuel Filem Ini

Kakimuvee

Marvel Dedah Logline “Black Panther: Wakanda Forever” & “The Marvel”

Kakimuvee

Spider-Man: No Way Home: Andrew Garfield Tidak Menerima Panggilan Dari Marvel Studios

Kakimuvee

MULAKAN PENGEMBARAAN DI RUMAH UNTUK MASA CERIA KELUARGA BERSAMA CARTOON NETWORK!

Kakimuvee

Astro Dilantik Sebagai Pengedar Rasmi Disney+ Hotstar

Kakimuvee