Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Pengarah Christopher McQuarrie Kongsi Gambar Terbaru “Mission: Impossible 7”

Pengarah dan penulis Christopher McQuarrie telah mendedahkan gambar terbaru “Mission: Impossible 7” yang memberikan sekilas pandang aksi Ethan Hunt, lakonan Tom Cruise, berlari dikawasan lorong. Anda boleh lihat gambar tersebut dibawah. 

Selain Tom Cruise, “Mission: Impossible 7” dibintangi Hayley Atwell, Rebecca Ferguson (Doctor Sleep), Simon Pegg (Ready Player One), Ving Rhames (Pulp Fiction), Vanessa Kirby (Hobbs & Shaw) dan Henry Czerny (Ready or Not), berserta pendatang baru, Shea Whigham (Joker), Pom Klementieff (Guardians of the Galaxy 2, Avengers: Infinity War) dan Esai Morales (La Bamba, Titans) yang menggantikan tempat Nicholas Hoult (Mad Max: Fury Road) untuk peranan penjahat utama. 

Berikutan kejayaan besar dan komersial dari dua filem terdahulu, penulis/pengarah Christopher McQuarrie menandatangani perjanjian baru dengan Paramount untuk kembali menulis dan mengarahkan dua sekuel berikutnya, menolak tawaran studio lain untuk meneruskan kerjasama jangka panjangnya dengan bintang francais Tom cruise.

Francais filem aksi ini sudah berusia 25 tahun dan mengandungi enam filem, bermula dengan kejayaan box office dua filem terawal. Setiap filem telah mendapat pujian para pengkritik dengan filem terbaru, “Fallout”, memperolehi rating paling tinggi di Rotten Tomatoes iaitu 97 peratus. 

“Mission: Impossible 7” akan ditayangkan pada 19 November 2021, diikuti “Mission: Impossible 8” pada 4 November 2022.

Related posts

Pandangan Pertama Knuckles Di Set Penggambaran “Sonic the Hedgehog 2”

Kakimuvee

Filem “The Flash” Sudah Mulakan Penggambaran, Michael Keaton Sah Kembali Sebagai Batman

Kakimuvee

Tiga Pengarah Ketuai Projek Sekuel “Spider-Man: Into the Spider-Verse”

Kakimuvee

Paul Dano & Kunal Nayyar Bintangi Filem Netflix “Spaceman”

Kakimuvee

Joe Manganiello Dedah Kenapa Deathstroke Mahu Bunuh Batman

Kakimuvee

Teaser Rasmi “Shang-Chi And The Legend Of The Rings” Perkenalkan Superhero Baru Dan.. The Mandarin

Kakimuvee