BeritaSiri TV

Pengarah Chernobyl Akan Arahkan Siri Adaptasi THE LAST OF US

Views

Pengarah Chernobyl, Johan Rench akan bekerjasama dengan Craig Mazin dalam projek siri adaptasi permainan video The Last of Us untuk HBO. Dia akan mengarahkan lima episod untuk siri tersebut dan turut bertindak selaku penerbit eksekutif.

The Last of Us adalah permainan video PlayStation bergenre aksi penggembaraan survival seram yang dicipta oleh Naughty Dog, yang juga merupakan pencipta permainan video Uncharted. Permainan ini dilancarkan buat pertama kali pada tahun 2013 untuk konsol PlayStation 3 serta 2014 untuk PlayStation 4, dan telah menerima pujian untuk naratif, permainan, visual, reka bentuk bunyi, dan watak-wataknya daripada pengkritik dan peminat.

Permainan ini berkisarkan tentang dua survivor, Joel dan Ellie, seorang gadis muda dan mempunyai keupayaan diri, mengembara di dunia yang telah berubah secara radikal. Ditetapkan 20 tahun selepas tersebarnya virus merbahaya, kedua-dua mereka perlu mencari jalan dalam usaha untuk selama dipersekitaran yang cukup menakutkan. The Last of Us membawa pemain meneroka tema survival, kesetiaan, percintaan dan perubahan emosi ketika ekspedisi merentasi Amerika Syarikat selepas tersebar wabak.

The Last of Us telah terjual lebih 17 juta salinan dan berjaya memenangi beberapa anugerah termasuklah beberapa anugerah Permainan Video Terbaik. Selepas hampir 7 tahun dilancarkan, permainan video ini menjadi salah satu permainan video yang hebat pernah dihasilkan. Sekuel The Last of Us Part II akan dilancarkan pada 29 Mei ini.

BACA:  Zack Snyder Sanggup Musnahkan Filem JUSTICE LEAGUE Dari Guna Rakaman Joss Whedon

Siri adaptasi ini akan berkisarkan tentang peristiwa yang berlaku pada permainan video pertama dengan kemungkinan penambahan beberapa bahan berdasarkan sekuel permainan. Craig Mazin dan penulis permainan video serta pengarah kreatif, Neil Druckman akan bekerjasama menulis skrip siri ini. Mazin akan menjadi penerbit eksekutif bersama-sama Carolyn Strauss dan Presiden Naughty Dog, Evan Wells. Projek ini diterbitkan secara bersama diantara Sony Pictures Televisyen dan PlayStation Productions.

Tinggalkan Balasan

shares