Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Pengarah Black Panther, Ryan Coogler Jawab Persoalan Tentang Infinity Stone


*Amaran! Artikel ini mengandungi spoiler untuk filem Black Panther yang kini sedang ditayangkan di pawagam-pawagam tanah air.*

Selepas melihat tiada tanda-tanda lokasi batu infinity terakhir, Soul Stone berada dalam filem Thor: Ragnarok, peminat-peminat Marvel mula mengalih arah ke filem Black Panther untuk mengentahui sama ada batu tersebut berada di Wakanda ataupun tidak.

Berdasarkan trailer Avengers: Infinity War, terdapat babak menunjukkan Wakanda sedang diserang oleh Black Order. Babak tersebut telah menimbulkan teori peminat yang mana Wakanda seperti sedang melindungi sesuatu, dipercayai Soul Stone dan menjadi sebab kenapa tentera-tentera Thanos menyerang negara yang ditadbir oleh Black Panther itu.

Namun, bagi yang telah menonton filem Black Panther, ia masih meninggalkan persoalan besar kepada peminat kerana batu tersebut langsung tidak didedahkan dalam filem terakhir Marvel itu sedangkan perang diantara superhero Bumi dan Thanos semakin hampir.

Walaupun tidak didedahkan, pelbagai teori baru mengenai lokasi Soul Stone mula tersebarkan dikalangan peminat-peminat Marvel. Ada yang merasakan soul stone berada dalam meteor vibranium yang jatuh di negara Wakanda, dan terdapat juga peminat turut mengeluarkan teori bahawa pasir berwarna oren yang digunakan semasa upacara pertabalan raja baru Wakanda adalah soul stone kerana keupayaannya untuk pergi ke alam roh.


Namun pengarah filem Black Panther, Ryan Coogler telah menolak ‘kemungkinan’ yang dikeluarkan oleh para peminat Marvel. Menurutnya, filem arahanya itu lebih menumpukan kepada filem Black Panther itu sendiri dan tidak menjadi ‘prelude’ kepada filem Avengers: Infinity War

“I love the Infinity Stones as much as any comic book fan, it’s just Wakanda already has its thing, which is Vibranium. For us, that was special enough, so to throw in something like another special thing didn’t feel right. It felt like we should stick with our one MacGuffin for the country and explore that, let that be the important thing because, frankly we didn’t need to have another piece like that. [Marvel Studios] never really was interested in putting a stone in there, either.” – Ryan Coogler

Jadi, peminat terpaksa menunggu sehingga filem arahan Anthony dan Joe Russo iaitu Avengers: Infinity War ditayangkan untuk mengentahui lokasi sebenar ‘soul stone’ berada. Apapun, peminat masih boleh terus berteka-teki dan mengeluarkan teori dimanakan lokasi sebenar Soul Stone sementara kita menunggu filem Avengers: Infinity War ditayangkan pada 4 Mei 2018 nanti.


Related posts

Rob Liefeld Puji Urutan Aksi DEADPOOL & WOLVERINE, Sifat Yang Terbaik Selepas WINTER SOLDIER

Kakimuvee

Easter Egg Mayat ANT-MAN Di Paparkan Dalam Trailer Terbaru DEADPOOL & WOLVERINE

Kakimuvee

Trailer What If…? Musim 2 Pratonton Siri Animasi Terbaru MCU

Kakimuvee

Kutipan The Marvels Menyusut 78% Pada Minggu ke-2

Kakimuvee

Pengarah Destin Daniel Berundur Dari Projek Avengers: The Kang Dynasty

Kakimuvee

Tajuk-Tajuk Episod WHAT IF…? Musim 2 Tertiris

Kakimuvee