Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Tempatan

Pengarah Berminat Untuk Kembangkan Siri BLACK, Melangkaui Versi Korea


Selepas lama menanti, akhirnya peminat drama tempatan berpeluang menonton siri adaptasi Black Musim kedua pada 10 Jun yang lalu di platform streaming Viu. 

Musim pertama yang ditayangkan pada Disember 2019 telah mendapat sambutan yang cukup hangat dari penonton dan menerima pujian pengkritik. Dengan babak yang tergantung, kepulangan Black Musim kedua pasti dinanti-nantikan peminat yang ingin mengentahui kesudahan penggembaraan Black dan Sofia. 

Memandangkan Black merupakan adaptasi dari versi Korea – yang memiliki 18 episod, pasti peminat tertanya-tanya apa hala tuju siri ini selepas melengkapkan kesemua episodnya. 

Semasa pelancaran maya Black Musim kedua, pengarah Sein Qudsi menyatakan minatnya untuk mengembangkan siri ini dengan memberi fokus pada penggembaraan Sofia di dunia bunian. 

“Sekadar berfikir berdasarkan imaginasi” ujar Sein Qudsi, “Jika kita teruskan, bererti ia akan masuk ke dunia bunian. Mungkin penggembaraan Saleha [Sofia] di dunia bunian. Bukan lagi mengenai Black di sini. Oleh itu, kita membalikkan semuanya. Sekadar berimaginasi”


Bagi Ghaz Abu Bakar, pengarah itu berharap musim ketiga dapat dihasilkan dengan cerita yang lebih asli, bukannya adaptasi dari negara lain. 

“Ya, ini adalah adaptasi, tetapi ketika kami menempuh perjalanan membuat Black Musim kedua, jauh di dalam hati, saya berkata kepada diri saya sendiri, bagaimana saya berharap ia boleh menjadi kandungan asli dari Viu. Anda tahu, kerana kepuasannya berbeza apabila anda tahu ini adalah siri yang asli.”

“Saya harap musim ketiga boleh menjadi cerita asli, supaya Black versi Malaysia boleh pergi ke peringkat antarabangsa dengan sendirinya, bukan diadaptasikan dari negara lain. Itu pendapat saya.”

Perancangan musim ketiga Black masih lagi samar-samar memandangkan ia merupakan siri adaptasi bukannya asli. Tetapi jika dua pengarah berharap dapat mengembangkan lagi dunia Black dengan jalan cerita yang lebih asli dan tempatan, rasanya tidak salah untuk Viu mengembangkan lagi siri ini.

Dalam musim kedua, pemburuan Black ke atas bekas rakannya dipertingkatkan, malah siasatannya membawa beliau kepada beberapa kes pembunuhan yang tidak dapat diselesaikan, termasuk – yang paling mengejutkan – dirinya sendiri. Rahsia-rahsia menggerunkan dibongkar dengan kesan yang sangat buruk.

Didorong oleh Sofia yang berani dan penyayang, Black yang dulunya angkuh dan pentingkan diri mendapati dirinya menentang ketidakadilan dan gigih menyelamatkan nyawa manusia bersama Sofia disisinya. Setelah menemui semula nilai-nilai kemanusiaan dalam dirinya, Black akhirnya terpaksa berdepan dengan hakikat sebenar bahawa, bertentangan dengan peraturan kumpulannya dan pendirian peribadinya sendiri, Black melakukan sesuatu yang dilarang – dan jatuh cinta.

Diarahkan oleh Ghaz Abu Bakar dan Sein Qudsi, dan dibarisi pelakon popular seperti Kamal Adli, Siti Saleha, Nabila Huda, dan Zoey Rahman, Black Musim kedua kini boleh didapati di Viu, dengan dua episod baharu disiarkan setiap hari Khamis, mulai 10 Jun.


Related posts

Alya Iman & Nabil Aqil Bergandingan Dalam Siri Terbaru Adaptasi Novel Anggun Mikayla di Viu

Kakimuvee

“REVERSI” Dipilih Untuk Pertandingan Rasmi Di Festival Filem Far East Udine Ke-26 Pada Tahun 2024

Kakimuvee

Viu Perkenalkan Drama Adaptasi Novel Popular, Jendela Hati Lakonan MK K-Clique, Anna Jobling dan Hanna Aqeela

Kakimuvee

Siri Popular ‘Kau vs Aku’ kembali untuk Musim ke-2

Kakimuvee

Unifi TV Melancarkan Kandungannya Sendiri

Kakimuvee

Astro raih 16 anugerah di Asian Academy Creative Awards 2023

Kakimuvee