Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Siri TV

Pengarah Bad Boys For Life Arahkan Siri Disney+ Ms. Marvel

Selepas She-Hulk mendapat pelakon dan pengarah, satu lagi rancangan Marvel Disney+ mula menunjukkan perkembangan. Terbaru, pengarah Bad Boys for Life, Adil El Arbai dan Bilall Fallah, bersama Sharmeen Obaid-Chinoy dan Meera Menon telah dipilih untuk mengarahkan rancangan Ms. Marvel.

Siri televisyen Ms. Marvel telah diumumkan semasa Expo D23 yang berlangsung tahun lalu, dengan penulis lakon layar dari Britisih, Bisha K. Ali (Four Weddings and a Funeral) telah dipilih untuk menulis lakonlayar dan menjadi ‘showrunner’. Presiden Marvel Studios, Kevin Feige turut mengesahkan bahawa Ms. Marvel serta Moon Knight dan She-Hulk akan menuju ke layar perak. 

El Arbi dan Fallah mula menjadi perhatian penonton Amerika Syarikat apabila mengarahkan filem ketiga francais Bad Boys lakonan Will Smith dan Martin Lawrence. Mereka berdua kini sedang bekerjasama dengan Netflix untuk menghidupkan kembali francais aksi-komedi, Beverly Hills Cop 4.

Sementara itu, Obaid-Chinoy dikenali menerusi dokumentari A Girl in the River: The Price of Forgiveness dan Saving Face, manakala Menon terkenal dengan beberapa siri televisyen termasuklah You, For All Mankind dan The Punisher. 

Kamala Khan pertama kali diperkenalkan dalam komik Captain Marvel #14 yang diterbitkan pada 2013. Gadis berketurunan Pakistan-Amerika ini telah terdedah dengan ‘Terrigen Mists ‘ dan memberikan abiliti untuk berubah bentuk. Dia bukan sahaja mampu merengangkan anggota bandanya untuk menjadi panjang dan lebar, tetapi dia juga mampu untuk mengecil dan membesar dengan saiz yang luar biasa. Diinspirasikan oleh Carol Danvers, Khan pernah dinaikkan pangkat menjadi Captain Marvel, dan mengambil keputusan untuk menggunakan moniker Ms. Marvel dalam menentang jenayah dan melakukan kebaikan.  

Setakat ini, barisan pelakon dan tarikh tayangan masih belum diumumkan.

Sumber: The Hollywood Reporter.

Related posts

Final Frontiers: Exploring Unchartered Territories With BBC Earth

Kakimuvee

[VIDEO] Musim Ketiga Doom Patrol Season 3 Akan Ditayangkan Pada 23 September Eksklusif Di HBO GO

Kakimuvee

Krysten Ritter Sertai Elizabeth Olsen Dalam Minisiri “Love and Death”

Kakimuvee

Adakah Anda Bersedia Untuk Berjumpa Dengan Jiran Baru Anda? ‘You’ Musim Ketiga Akan Kembali Ke Netflix 15 Oktober Ini

Kakimuvee

The Walking Dead premieres final season today exclusively on Disney+ Hotstar

Kakimuvee

Malaysian Kids Discover Outer Space in ‘Elliott from Earth’ – Now on HBO GO

Kakimuvee

Leave a Comment