Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Pengarah Avengers: Infinity War Tidak Percaya Pada Pelakonnya Terutama Tom Holland

Sebelum ini, salah seorang pelakon filem Avengers: Infinity War, Paul Bettany mendedahkan hampir kesemua pelakon filem superhero Marvel itu telah menerima skrip palsu bagi menjaga ke’rahsia’an filem Marvel yang paling dinantikan itu.

Malah pelakon Tom Holland juga turut mendedahkan beliau hanya menerima skrip yang melibatkan babaknya sahaja sehingga beliau sendiri tidak tahu dengan siapakah beliau bertarung semasa dalam sesi penggambaran filem.

Menurut laman web Games Radar (via Epicstream.com), pengarah filem Joe dan Anthony Russo telah memberi sebab kenapa para pelakon filem Avengers: Infinity War menerima skrip palsu dan berbeza setiap orang. Ini kerana kedua-dua pengarah tersebut tidak mempercayai para pelakonnya terutama Tom Holland dan bimbang sekiranya mereka secara tidak sengaja mendedahkan sebahagian plot filem berkenaan media. Kedua-dua pengarah tersebut berkata demikian semasa ditemuramah oleh wartawan.

“We can’t trust anybody – least of all Tom Holland! – with the truth. It’s a burden to bear for them. It’s probably easier to have read a fake script and a fake ending because they don’t have the pressure of knowing what happens in the movie and then they have to hide it.” – Joe & Anthony Russo

Kenyataan kedua-dua pengarah tersebut mungkin sekadar gurauan, tetapi tindakan mereka sangat berkesan untuk memastikan filem Avengers: Infinity War bebas ‘spoiler’ sebelum ia ditayangkan kepada umum

Apapun, kurang satu minggu lagi sebelum tayangan filem Avengers: Infinity War, mesti ramai peminat yang tidak sabar untuk menonton filem paling dinantikan tahun ini. Jadi kepada peminat-peminat filem Marvel, nantikan Avengers: Infinity War yang akan memulakan tayangannya pada 25 April ini.

Related posts

Penggambaran Aquaman and the Lost Kingdom Tertangguh Selepas Jason Momoa Disahkan Positif COVID-19

Kakimuvee

Eternals Pada Masa Ini Menjadi Filem MCU Yang Mendapat Rating Paling Rendah Di Rotten Tomatoes

Kakimuvee

Saksikan Trailer The Unforgivable Lakonan Sandra Bullock, Akan Tayang Di Netflix 10 Disember Ini

Kakimuvee

Teaser Trailer Lightyear: Chris Evans Terajui Filem Spin-Off Toy Story

Kakimuvee

Bintang The Raid, Iko Uwais Sertai The Expendables 4

Kakimuvee

‘PLOT TWIST’ SEKUEL KEDUA ‘THE HOTEL’ LEBIH SUSPEN & DRAMATIK

Kakimuvee

Leave a Comment