Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Pengarah Avengers: Infinity War Dedahkan Siapakah Yang Mampu Mengangkat Stormbreaker


Dalam filem Avengers: Infinity War, Thor bersama Rocket Raccon dan Groot telah pergi ke Nidavellir untuk mencipta senjata baru menggantikan Mjolnir yang dimusnahkan Hela dan juga menggunakan senjata tersebut untuk menentang Thanos.

Hasilnya Stormbreaker telah dihasilkan dan memiliki kehebatan sama seperti Mjolnir. Namun terdapat persoalan yang timbul kerana senjata milik Thor itu mudah diangkat oleh Groot, tidak seperti Mjolnir yang hanya boleh diangkat oleh Thor (dan juga Vision).

Ketika menjawab soalan-soalan dari peminat semasa ‘event’ Vudu Viewing Party, pengarah Avengers: Infinity War telah menjawab persoalan yang diutarakan peminat tentang siapakah yang mampu mengangkat senjata milik Thor itu. Jawapannya sangat mudah, sesiapa sahaja boleh mengangkat Stormbreaker kerana ia tidak memerlukan “worthiness” seperti Mjolnir

Walaupun versi komik, Stormbreaker dikatakan memiliki ciri-ciri sama seperti Mjolnir dimana seseorang itu perlu ‘worthy’, versi Marvel Cinematic Universe (MCU) tidak perlu mengikuti ciri-ciri yang ditunjukkan dalam komik. Jadi mana-mana adiwira MCU mampu untuk mengangkat senjata milik Thor itu.

Avengers: Infinity War yang diarahkan oleh Anthony dan Joe Russo telah menjadi hit seluruh dunia dan berjaya meraih lebih $ 2 billion dollar. Versi digital filem ini telah dilancarkan 31 Julai yang lalu, manakala versi DVD dan Blu-ray akan keluarkan pada 14 Ogos ini.


Sumber: comicbookmovie.com


Related posts

Teaser Trailer Loki Musim 2 Usik Penggembaraan Masa Tom Hiddleston Seterusnya

Kakimuvee

Video “Journey To The Marvels” Menampilkan Banyak Rakaman Terbaru ‘The Marvels’

Kakimuvee

Kos Pembikinan Musim 2 Loki Mencecah AS$141.3 juta

Kakimuvee

Trailer Loki Musim 2 Pecah Rekod Disney+

Kakimuvee

Marvel Studios Lancarkan Trailer Terbaru ‘Loki’ Musim 2

Kakimuvee

Guardians of the Galaxy Vol. 3 Akan Tersedia Di Disney+ Hotstar Pada Ogos Ini

Kakimuvee