Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Pengarah Avengers: Endgame Setuju Keanu Reeves Bawakan Watak Moon Knight Dalam MCU

Baru-baru ini terdapat khabar angin mengenai penglibatan pelakon Keanu Reeves dalam Marvel Cinematic Universe (MCU). Antara filem yang dikaitkan adalah filem The Eternals. Bagaimanapun, semasa di konvensyen Comic-Con baru-baru ini, nama pelakon filem John Wick itu tiada dalam senarai barisan pelakon The Eternals. 

Menurut laporan dari laman Comicbookmovie.com, podcaster serta penulis skrip, Kevin Smith telah membincangkan mengenai penglibatan Keanu Reeves dalam MCU dan dia bertanyakan kepada pengarah Joe dan Anthony Russo mengenai watak apakah yang sesuai dilakonkan oleh pelakon tersebut.

Anthony menjawab “Soalan yang baik” dan Joe menyebut “tiada had” bermaksud Keanu boleh lakonkan mana-mana watak dalam MCU. Smith kemudiannya mencadangkan karakter ‘Moon Knight’, dan kedua-dua pengarah tersebut bersetuju bahawa ia adalah pilihan yang tepat!

Sebelum ini, presiden Marvel Studios Kevin Feige mendedahkan bahawa Reeves berada dalam senarai pihak studios untuk membawakan watak dalam MUC, dan peminat teruja dengan pendedahan Feige serta berharap dapat melihat pelakon tersebut membawakan watak Wolverine.

Apapun, kita nantikan perkembangannya dimasa akan datang. Jadi kepada para peminat, adakah anda bersetuju Keanu Reeves memainkan peranan sebagai Moon Knight.

Related posts

Foto Set Penggambaran “Thor: Love and Thunder” Beri Pandangan Pertama Christian Bale Sebagai ‘Gorr the God Butcher’

Kakimuvee

Foto Set Penggambaran “Spider-Man: No Way Home” Dedah Pertemuan Spidey & Doctor Strange Di Sanctum Sanctorum

Kakimuvee

“Jungle Cruise” Kutip $90 Juta Dolar Pada Minggu Pertama Tayangan

Kakimuvee

Trailer Terbaru “Venom: Let There Be Carnage” Tunjuk Keganasan Villain Utama

Kakimuvee

J.K. Simmons Mungkin Akan Kembali Sebagai Commissioner Gordon Untuk Filem “Batgirl”

Kakimuvee

Foto Set Penggambaran “The Flash” Tunjuk Batman Menunggang Batcycle

Kakimuvee

Leave a Comment