Pengarah filem Atomic Blonde, David Leitch telah menyuarakan kebarangkalian “crossover” diantara filem arahannya itu dengan franchise John Wick. Atomic Blonde yang dibintangi oleh Charlize Theron itu dilihat mempunyai ciri-ciri yang sama terutamannya babak aksi seperti yang ditunjukkan dalam filem aksi terkenal lakonan Keanu Reeves, John Wick.
Beliau telah berkongsi keinginannya dan pendapatnya mengenai crossover diantara dua filem tersebut semasa sesi temubual dengan wartawan Screenrant baru-baru ini.
“(Laugh) It would be great! I get this question once in a while, and I think it’s just more their time period lines. I would absolutely do it. Maybe there’s a time we see versions, or there’s uh, you know, the other real fantasy is that maybe there’s a project with both, that a new idea. You know, that Charlize and Keanu could…, a story that we could have with the same action space and we can see them either partner up or go toe to toe.” – David Leitch
Atomic Blonde adalah filem pertama arahan David Leitch. Beliau juga merupakan penolong kepada pengarah Chad Stahelski semasa pembikinan filem pertama John Wick. Bagaimanapun, beliau tidak kembali mengarah dalam filem kedua John Wick, tetapi kekal terlibat sebagai penerbit eksekutif.

Charlize Theron
Walaupun Atomic Blonde dan John Wick diedarkan dua studio yang berbeza, tetapi ia diterbitkan oleh syarikat yang sama iaitu 87Eleven – syarikat produksi yang ditubuhkan oleh Stahelski dan Leitch.
Cuma yang menjadi masalah untuk mereka hasilkan crossover diantara kedua-dua filem ini ialah timeline filem. Ini kerana Atomic Blonde di’set’ pada tahun 80an iaitu semasa perang dingin diantara US dan Soviet, manakala John Wick pula berlatarbelakangkan zaman masakini.
Jadi, kepada peminat filem John Wick dan aktres Charlize Theron, adakah anda berminat untuk melihat crossover diatara kedua-dua filem ini? dan bagaimana filem ini dapat dihasilkan memandangkan perbezaan realiti masa. Kongsikan pendapat anda di ruangan komen.
Atomic Blonde akan menemui penonton di Malaysia mulai esok, saksikan filem aksi pengintipan ini dipawagam-pawagam terdekat.