Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Pengarah Asal Berminat Untuk Arahkan Sekuel “I Am Legend”


Sekuel kepada I Am Legend, yang ditayangkan pada tahun 2007, telah diumumkan awal tahun ini, dengan Will Smith bersedia untuk kembali bersama Michael B. Jordan. Baru-baru ini, pengarah filem asal itu berbincang mengenai potensi penglibatannya dalam projek sekuel itu.

Bercakap kepada ComicBook mengenai filem itu, Lawrence berkata walaupun belum ada sebarang perbincangan rasmi untuk kembali sebagai pengarah, dia telah bercakap dengan penulis Akiva Goldsman, yang akan kembali untuk sekuel itu, dan mengatakan bahawa dia ingin mengarahkan filem sekuel akan datang jika diberi peluang.

“Saya telah bercakap dengan Akiva [Goldsman] mengenainya, dan saya mahu melakukannya,” kata Lawrence.

“Saya pernah mendengar beberapa perkara tentang I Am Legend. Kami sebenarnya tidak mempunyai banyak info, hanya banyak mencari idea untuk ‘Constantine,'”

Sejak sekuel diumumkan, tiada pengarah telah dipilih untuk menerajui projek itu, menimbulkan tanda tanya mengenai siapa yang akan memikul tanggungjawab itu.


Walaupun Lawrence nampaknya mahu diberi peluang untuk mengarahkan sekuel itu, segalanya bergantung kepada pihak penerbit mahu pun studio tentang siapakah pengarah yang harus menerajui sekuel filem hit itu. 

Filem asal, yang berdasarkan novel tahun 1954 dengan nama yang sama oleh Richard Matheson, mendapat sambutan hangat apabila ia ditayangkan pada tahun 2007.

Filem tersebut mencatakan kutipan box office terbesar untuk filem bukan Krismas pada masa itu, dan merupakan filem ketujuh dengan kutipan tertinggi pada 2007.

Setakat ini tidak banyak butiran lanjut mengenai sekuel I Am Legend, melaihkan kepulangan Smith dan Goldsman serta penglibatan Jordan, yang bersetuju untuk membintangi filem akan datang.


Related posts

Netflix Batalkan Sekuel “Bright” Lakonan Will Smith

Kakimuvee

Bayaran Tinggi Yang Diminta Will Smith Menjadi Punca Perancangan Filem Standalone “Deadshot” Terhenti

Kakimuvee

Will Smith Mohon Maaf, Chris Rock Masih Belum Keluarkan Apa-Apa Kenyataan

Kakimuvee

[VIDEO] Filem “Coda” Rangkul Anugerah Utama Oscar, Will Smith & Jessica Chastain Menang Kategori Pelakon Terbaik

Kakimuvee

[VIDEO] Will Smith Tampar Chris Rock Di Siaran Langsung Academy Awards

Kakimuvee

Sekuel “I Am Legend” Kini Dalam pembangunan, Akan Dibintangi Will Smith & Michael B. Jordan

Kakimuvee