Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Pengarah Akui Rating PG-13 Penyebab Kegagalan Power Rangers

Filem reboot Power Rangers yang dijangka mampu meletup disebabkan populariti siri tersebut dikalangan kanak-kanak bagaimanpun hambar sejak ia mula ditayangkan baik dipasaran domestik dan juga antarabangsa.

Filem berkenaan hanya mampu mengutip $85 juta dolar untuk pasaran tempatan dan secara keseluruhan termasuk pasaran global hanya mengumpul $140.2 juta sahaja, tidak cukup untuk memberikan pulangan lumayan kepada Lionsgate.

Semasa ditemubual di laman web Screenrant semasa pelancaran home video dan DVD Blu-ray filem Power Rangers, pengarah Dean Israelite mengakui, klasifikasi filem berkenaan menjadi penyebab utama filem itu gagal untuk menyerlah. Klasifikasi PG-13 yang diberikan kepada filem berkenaan menyebabkan ibubapa tidak membawa anak-anak mereka yang masih kanak-kanak untuk menonton filem berkenaan.

Zord vs Goldar

“…there’s been market studies on it, and the findings have been that if the movie were rated PG — I don’t want to go into the specific numbers — but if the movie had been rated PG, there would have been more traffic. I think parents were unsure if they could bring their kids to the movie, which surprised me, because the movie is a tame PG-13.

We did a lot of preview screenings, and to me, it felt like a seven-year-old might be scared, but in a good way. They liked that they were scared of Rita, but they still came out of the movie enjoying it, they liked what was going on. I think we really tread that line well, so it was disappointing that parents didn’t know that they could take their kids to it. I’m hoping now, with it coming out on DVD and Blu-ray, and On Demand, that parents will feel more comfortable. That maybe they’ll check it out for themselves and then see that it’s suitable.”

Untuk rekod, siri-siri Power Rangers di kaca TV dihasilkan untuk menarik minat kanak-kanak menontonnya, namun disebabkan filem berkenaan dikelaskan sebagai PG13 ibubapa tidak pasti samada mahu atau tidak membawa anak-anak mereka menonton filem berkenaan. Tambahan pula karakter seperti Rita Repulsa dikatakan menakutkan kanak-kanak berusia 7 tahun.

Kini filem berkenaan terpaksa berharap pada jualan DVD dan home-video untuk meningkatkan jumlah kutipan dan keuntungan filem berkenaan. Jika tidak, dikhuatiri, sekuel Power Rangers mungkin tidak dihasilkan kerana pihak studio pasti tidak mahu menanggung kerugian.

Related posts

Jon Watts Ibaratkan ‘Spider-Man: No Way Home’ Seperti ‘Endgame’

Kakimuvee

[VIDEO] Aksi Pertama Ribut Dalam Siri ‘Ultraman Trigger: New Generation Tiga’

Kakimuvee

John Cena Sedang Dalam Rundingan Untuk Bintangi Filem Aksi Komedi ‘Freelance’

Kakimuvee

Hayden Christensen Akan Kembali Sebagai Darth Vader Dalam Siri Star Wars: Ahsoka

Kakimuvee

Trailer Ambulance: Jake Gyllenhaal & Yahya Abdul-Mateen II Terajui Filem Thriller Terbaru Michael Bay

Kakimuvee

Ryan Gosling Sertai Filem Barbie Dengan Membawa Watak Ken

Kakimuvee

Leave a Comment