Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Tempatan

“Pengantin Satu Malam” Hangat Di Pelantar Digital iQIYI


 “A night with me…dan seratus ribu akan jadi milik awak”. Satu malam yang mengubah segalanya.  Sebuah lagi hasil novel yang diadaptasi ke drama ‘Pengantin Satu Malam’ yang telah ke udara di slot TV3 Akasia bermula 18 Ogos lalu, mula mendapat perhatian dan sedang hangat mendapat sambutan di laman web dan aplikasi iQIYI, sebuah syarikat gergasi perkhidmatan hiburan dalam talian di China, apabila ia turut disiarkan di iQIYI selepas satu jam tayangan perdana drama bersiri ini ditayangkan di TV3. 

Sebanyak dua puluh lapan (28) episod drama bersiri ‘Pengantin Satu Malam’ yang akan ditayangkan adalah hasil persetujuan perkongsian kandungan enam (6) drama yang akan disiarkan secara eksklusif di iQIYI dimeterai antara penerbit dan pengedar kandungan tempatan terbesar di Malaysia iaitu Primeworks Studios dan iQIYI.  Melalui persetujuan ini, kesemua episod drama dapat ditonton secara eksklusif dan percuma  menerusi laman iQIYI di www. iQ.com dan di aplikasi iQIYI, 1 jam selepas ianya bersiaran di TV3.

Pengantin Satu Malam’ diterajui oleh Nazim Othman, Amelia Henderson, Fizo Omar dan Afifah Nasir sebagai bintang utama, turut membariskan pelakon handalan lain  seperti Mustapha Kamal, Edika Yusof, Sharifah Shahora, Farisha Irwayu dan Norish Karman.

Pengantin Satu Malam’ mengisarkan mengenai Zulaikha, lakonan Amelia Henderson yang tersepit antara menyelamatkan nyawa ibu atau maruah dirinya.  Dugaan datang menimpa hidup Zulaikha apabila dia terpaksa berhenti kerja kerana perangai tidak senonoh majikannya. Adli teman lelakinya pula memilih untuk memutuskan hubungan dan ibunya sakit serta memerlukan kos rawatan yang tinggi.  Manakala Zahred (Nazim Othman) pula membenci wanita apabila cintanya dikhianati. Zahred kecewa setelah mengetahui kekasihnya Balqis curang ketika dia berada di Jepun dengan menjadi isteri kedua ayahnya. Zahred juga membenci ayahnya kerana ayahnya telah mengkhianati dirinya dengan merampas kekasihnya. Sejak itu Zahred menjauhkan diri dan tidak mahu bercakap lagi dengan ayahnya. Dato Haris (Edika Yusof) ayah Zahred sememangnya seorang playboy besar dan sentiasa mencari wanita jelita. Ibu Zahred Datin Roziah (Norish Karman) hanya mampu makan hati dengan sikap suaminya itu.  Zulaikha memulakan pekerjaan baru di syarikat milik Zahred (Nazim Othman) dan temannya Rasul (Fizo Omar). Kehadiran Zulaika telah mengingatkan Zahred kepada bekas kekasihnya, Balqis.  Sejak dikecewakan oleh cinta lampau, Zahred yang membenci kaum wanita, sering mencari kesalahan dan membuli Zulaikha di tempat kerja. 

Namun Rasul sentiasa mengambil berat dan melayan Zulaikha dengan baik.  Suatu hari, Zulaikha yang terdesak perlukan duit untuk menyelamatkan nyawa ibunya, cuba meraih pinjaman RM100 ribu daripada Zahred. Malah Zulaikha sanggup mencagarkan rumah demi mendapatkan pinjaman daripada syarikat.  Walaubagaimanapun, Zahred menolak cagaran itu, sebaliknya apa yang dimahukan adalah supaya Zulaikha menjadi isteri ‘satu malam’ kepadanya. Adakah Zulaikha setuju? Apakah yang bakal dipilih oleh Zulaikh antara nyawa ibu dan maruah diri?


Tonton secara online drama bersiri ‘Pengantin Satu Malam’ melalui aplikasi iQIYI sejurus selepas 1 jam tayangan perdana di TV3.


Related posts

“REVERSI” Dipilih Untuk Pertandingan Rasmi Di Festival Filem Far East Udine Ke-26 Pada Tahun 2024

Kakimuvee

Viu Perkenalkan Drama Adaptasi Novel Popular, Jendela Hati Lakonan MK K-Clique, Anna Jobling dan Hanna Aqeela

Kakimuvee

Siri Popular ‘Kau vs Aku’ kembali untuk Musim ke-2

Kakimuvee

Unifi TV Melancarkan Kandungannya Sendiri

Kakimuvee

Astro raih 16 anugerah di Asian Academy Creative Awards 2023

Kakimuvee

Sepahtu Reunion Live Tour Tawan Johor Bahru Oktober Ini

Kakimuvee