Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Penganalisis Menjangkakan The Rise Of Skywalker Catat Kutipan Pembukaan Terendah Dalam Trilogi Ketiga Star Wars


Walaupun Fandango dan Atom mencatatkan rekod jualan tiket untuk filem Star Wars: The Rise of Skywalker, berkemungkinan besar kutipan minggu pembukaan filem tersebut tidak dapat menandingi kutipan dua filem terdahulu.

Menurut laman Box Office Pro,  filem terakhir dalam Saga Skywalker itu dijangka hanya mampu mengutip diantara $185 juta dan $225 juta sahaja, jauh lebih rendah dari filem The Force Awakens yang mencatatkan kutipan minggu pembukaan sebanyak $248 juta dan berpotensi berada dibawah filem The Last Jedi yang mencatatkan kutipan sebanyak $220 juta.

Antara cabaran yang perlu dihadapi oleh The Rise of Skywalker adalah untuk menarik kembali peminat-peminat Star Wars yang sebelum ini menjauhkan diri dari francais tersebut disebabkan beberapa keputusan kreatif Lucasfilm yang tidak disenangi oleh peminat, terutamanya melibatkan dua filem terdahulu.

Selain itu juga, saingan dari filem sekuel Jumanji: The Next Level turut menyumbang kepada prestasi kutipan filem The Rise of Skywalker. 

Star Wars: The Rise of Skywalker dibintangi Daisy Ridley, Adam Driver, John Boyega, Oscar Isaac, Lupita Nyong’o, Domhnall Gleeson, Kelly Marie Tran, Joonas Suotamo, dan Billie Lourd. Mereka akan disertai beberapa pelakon baru seperti Naomi Ackie, Richard E. Grant dan Keri Russell.


Selain itu juga, pelakon asal francais Star Wars iaitu Mark Hamill (Luke Skywalker), Anthony Daniels (C-3PO), dan Billy Dee Williams (Lando Calrissian) turut menyertai barisan pelakon lain. Watak Leia Organa yang dilakonkan oleh mendiang Carrie Fisher juga akan berada dalam filem akan datang dengan menggunakan footage yang tidak digunakan dari filem Star Wars: The Force Awakens.

Star Wars: The Rise of Skywalker akan menemui penonton pada 20 Disember 2019

Related posts

Alien: Romulus Menjadi Tajuk Rasmi Untuk Filem Alien Terbaru Arahan Fede Álvarez

Kakimuvee

Teaser MOANA 2 Dedahkan Tarikh Tayangan Sekuel Terbaru Disney

Kakimuvee

Review Filem: The Marvels (2023)

Kakimuvee

The Mandalorian Bakal Mendapat Filem Sulung

Kakimuvee

Pixar Sedang Membangunkan Projek Terbaru ‘CARS’

Kakimuvee

Showrunner The Last of Us Sedang Bangunkan Filem Baharu Pirates of the Caribbean

Kakimuvee