Pengambaran filem spinoff Spider-Man, Venom lakonan Tom Hardy dilaporkan tidak akan bermula sehingga penghujung bulan Oktober ini.
Pada beberapa bulan yang lalu, selepas studio Sony mengumumkan beberapa pelakon yang membintangi filem ini, krew produksi Venom melaporkan mereka dijangka akan memulakan pengambaran pada awal September ini. Namun berita terbaru yang dikeluarkan oleh laman web Omega Underground melaporkan penggambaran tidak dapat dilakukan dan akan tertangguh sehingga 23 Oktober ini.
Bagaimanapun, penangguhan ini memberi sedikit peluang kepada krew produksi untuk mencari tempat yang sesuai untuk sesi penggambaran samada di Atlanta, New York ataupun San Francisco serta memberi lebih masa kepada pihak Sony untuk mencari beberapa pelakon lagi untuk membintangi filem ini.
Berita terbaru ini menyebabkan peminat terpaksa menanti beberapa bulan lagi untuk melihat gambar pertama dan juga kemaskini mengenai filem ini. Walapun begitu, menurut Sony, dateline untuk tarikh tayangan filemnya tidak berubah dan kekal ditayangkan pada 5 Oktober 2018. Ini bermakna Sony mempunyai masa lebih kurang satu tahun untuk proses pengambaran, post editing dan juga promosi filem keluaran mereka ini.
Venom akan bergenre sci-fiction horror dan buat masa ini, Tom Hardy dan Riz Ahmed mengesahkan akan berlakon dalam filem arahan Ruben Fleischer ini.
Sumber: Screenrant.com