Pengambaran Filem Rock Bro! Sudah Selesai Dan Akan Ditayangkan 2016

0
448
views
babak Rock Oo Rimba Bara Kembali
Filem Rock Ooo

Selepas kejayaan filem Rock & Rock Ooo, pengarah Mamat Khalid kembali dengan trilogi filem Rock ketiga iaitu Rock Bro! . Filem tersebut adalah sambungan kepada filem Rock Ooo dan dikatakan filem terakhir trilogi Rock arahan beliau.

Filem ini telahpun memulakan pengambaran mereka pada Mac yang lalu dan mereka pun telah menyiapkan filem tersebut.

Ini berdasarkan sumber yang diambil dari laman instagram Pekin Ibrahim, salah seorang pelakon utama filem itu. Pekin yang membawa watak Slash turut memaklumkan bahawa filem ini akan ditayangkan pada tahun hadapan.

Filem Rock Bro! Ini masih mengekalkan karater Jijoe, Slash dan Zul Kapan manakala Amy Mat Piah tidak akan beraksi untuk filem ini kerana dikatakan pelakon utamanya, Que Haidar mempunyai komitmen lain. Bagaimanapun, Zack (Hasnol Rahmat) kembali meneruskan kisah Kumpulan Rimba Bara ini.

Antara karakter baru yang diperkenalkan dalam filem ini ialah Ella & Jojie lakonan Jihan Muse dan Kaka Azraff, manakala Jep Sepahtu akan membawa karakter Cik Not, adik kepada Cik Man lakonan Kamarool Haji Yusoff.

Kos pembikinan filem ini dianggarkan RM1.8 juta termasuk promosi. Nak tahu filem ini setanding dua filem Rock sebelum ini? Tunggu tayangannya nanti.

Loading...

LEAVE A REPLY

Please enter your comment!
Please enter your name here