Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita Official Trailer

Pengakhiran Semakin Hampir – Netflix Dedah Teaser & Pandangan Pertama Money Heist, Part 5 Volume 2

“Dalam beberapa jam terakhir, saya kehilangan beberapa orang yang sangat penting, dan saya tidak akan membiarkan orang lain mati kerana rompakan ini”, jaminan dari The Profesor (vlvaro Morte). Tokyo (srsula Corberó) telah mati dan musuh, yang cedera tetapi lebih berbahaya daripada sebelumnya, masih berada di dalam Bank of Spain.

Netflix telahpun melancarkan pandangan pertama dan teaser untuk Money Heist Part 5 Volume 2, yang akan dilancarkan secara global pada 3 Disember ini. Lima episod musim akhir ini akan menjadi penamat kepada rompak yang sangat mendebarkan. Anda boleh lihat teaser dan gambar pertama dibawah:

Dalam Musim Ke-5, kumpulan itu telah dikepung di Bank of Spain selama lebih dari 100 jam. Mereka berjaya menyelamatkan Lisbon, tetapi saat paling gelap akhirnya menimpa mereka setelah kehilangan salah satu dari orang mereka sendiri. Profesor telah ditangkap oleh Sierra dan, untuk pertama kalinya, mereka tidak mempunyai rancangan untuk melarikan diri. Ketika semuanya menjadi tidak menentu, musuh yang hadir nampaknya lebih hebat dari apa yang pernah mereka hadapi: pasukan tentera. Penghujung pencurian terbesar dalam sejarah semakin hampir, dan apa yang bermula sebagai rompakan akan berubah menjadi perang.

Siri ini dibintangi Álvaro Morte, Úrsula Corberó, Itziar Ituño, Pedro Alonso, Alba Flores, Miguel Herrán, Jaime Lorente, Esther Acebo, Darko Perić, dan Paco Tous. Ia juga menampilkan Hovik Keuchkerian, Rodrigo de la Serna, Najwa Nimri, Luka Peros, Belen Cuesta, Fernando Cayo, dan Enrique Arce. Musim Ke-5 turut memperkenalkan barisan pelakon baru seperti Miguel Ángel Silvestre dan Patrick Criado.

Money Heist dicipta oleh Álex Pina, yang turut berkhidmat sebagai penerbit eksekutif bersama Sonia Martínez, Jesús Colmenar, Esther Martínez Lobato dan Nacho Manubens. Netflix turut menghasilkan adaptasi Korea Selatan 12-episod dari BH Entertainment dan Contents Zium. Siri ‘remake’ Korea Selatan akan dipimpin oleh Yoo Ji-Tae sebagai Profesor, Park Hae-Soo sebagai Berlin, dan Jun Jung-Seo sebagai Tokyo.

Related posts

Trailer ‘Marabahaya Underground’ Menjanjikan Aksi Perlumbaan Kereta Yang Menarik

Kakimuvee

Keanu Reeves Berminat Untuk Mengulangi Watak Constantine

Kakimuvee

Filem Yang Mewakili Malaysia Ke Oscar, ‘Prebet Sapu’ Akan Ditayangkan Di Pawagam 16 Disember Ini

Kakimuvee

Lelaki Korea Utara Dihukum Mati Selepas Menyeludup ‘Squid Game’ Ke Negaranya

Kakimuvee

Doctor Strange Bertemu Doc Ock Dalam TV Spot Terbaru Spider-Man: No Way Home

Kakimuvee

Lee Dong Wook dan Wi Ha Joon Mempamerkan ‘Bromance’ Mendebarkan Dalam Teaser “Bad And Crazy”

Zulaikha

Leave a Comment