Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Penerbit X-Men Tidak Mahu Mencari Pengganti Wolverine

Penerbit filem Logan dan X-Men, Hutch Parker berkata dia menolak idea untuk mencari pengganti Hugh Jackman dalam membawakan karakter antihero X-Men, Wolverine dalam mana-mana filem X-Men atau mutant akan datang.

Beberapa bulan yang lalu, Hugh Jackman muncul dalam filem Logan dan membawakan watak tersebut buat kali terakhir setelah berlakon dalam sembilan siri filem X-Men. Wolverine buat masa ini satu-satunya karakter antihero yang dibawakan oleh pelakon yang sama sejak ia mula diperkenalkan.

Logan yang ditayangkan pada bulan Mac yang lalu telah berjaya mengaut kutipan tiket sebanyak $225.6 juta di pasaran US dan $381,4 juta dipasaran antarabangsa menjadikan jumlah keseluruhan sebanyak $681 juta – Satu kutipan yang memberangsangkan bagi sebuah filem yang diklasifikasikan sebagai R-Rated.

Kejayaan filem berkenaan banyak didorong dengan penampilan terakhir Wolverine dalam franchise X-Men. Filem Logan juga dihasilkan dalam versi hitam putih.

Idea mengenai pengganti Hugh Jackman timbul semasa sesi soal jawab semasa pelancaran DVD-Bluray filem Logan. Parker berkata, buat masa ini pihak mereka tidak mahu mencari pengganti Hugh Jackman bagi memberi tumpuan memperkenalkan watak-watak mutant yang baru.

“I think for the moment our focus really is on other characters. I think there’s a part for all of us that feels like Logan, as played by Hugh, is the definitive performance of that character. And I think we’re all a little hesitant at the idea of rebooting it in any way. So, for the moment we’re going to look at – there’s so much else explore in the [X-Men] Universe and to play with. Particularly now as we’ve seen such bold tonal choices being made, I think that opens up the landscape as well, to seeing other genres living kind of fully within the comic book genre. And you saw that with Guardians of the Galaxy, I believe [it] is an exceptional example of that. Obviously Deadpool and Logan now, but I think there’ll be more to come.

FOX Studio akan menerbitkan beberapa filem X-Men seperti New Mutant dan Dark Phoenix akan datang termasuklah TV Siri Gifted yang bakal menemui penonton tidak lama lagi. Apa yang pasti, karakter Wolverine tidak akan di’recast” oleh penerbit X-Men dalam masa terdekat ini, tetapi kemungkinan harapan untuk melihat pelakon lain membawa watak itu masih ada dan juga terdapat pengganti Hugh Jackman, ia mungkin tidak akan menandingi aktor tersebut yang sudah sebati dengan dengan karakter mutant itu.

Related posts

Saksikan Trailer Red Band ‘No Hard Feelings’ Lakonan Jennifer Lawrence

Kakimuvee

Bintang John Wick Lance Reddick Meninggal Dunia Pada Usia 60 Tahun

Kakimuvee

Zack Snyder Goda Video Transmisi Dari Lord Darkseid

Kakimuvee

Viu Jadi Pemacu Utama Pertumbuhan Langganan OTT Asia Tenggara Pada Suku ke-4 2022, Menurut Laporan MPA

Kakimuvee

Anime Jepun Pasca Apokaliptik ‘Tengoku Daimakyo’ Akan Tersedia Untuk Penstriman Di Disney+ Hotstar Pada April Ini.

Kakimuvee

Rating Awal Rotten Tomatoes ‘John Wick: Chapter 4’ Telah Didedahkan

Kakimuvee

Leave a Comment