Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Slot Tempatan

Penerbit Tunggu Masa Yang Sesuai Untuk Sambung Tayangan BULAN & PRIA TERHEBAT

Walaupun pawagam telah kembali beroperasi, penerbit filem Bulan & Pria Terhebat masih memantau pergerakan operasi normal baharu panggung wayang termasuk penjualan tiket sebelum menyambung kembali tayangannya.

Ketua Pegawai Eksekutif Nizra Entertainment selaku penerbitnya, Nik Iruwan Nik Izani berkata, pihaknya masih belum bersedia untuk menyambung tayangan filem itu yang ditangguhkan sejak Mac lalu akibat Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).

“Bukan masa yang sesuai lagi untuk kami tayangan kembali BPT di panggung wayang. Kami dan Skop Productions ada berbincang mengenai perkara itu.

“Kami sepakat untuk terus memantau pergerakan operasi termasuklah pelaksanaan prosedur operasi standard (SOP) di panggung wayang. Begitu juga dengan penjualan tiket yang mana turut kami pantau selain kehadiran penonton ke panggung wayang.

“Filem BPT adalah sesuatu yang sangat besar untuk kami kongsikan dengan penonton. Pelan tayangannya di panggung wayang tetap akan diteruskan, namun kami mahu mencari masa yang tepat untuk penonton menikmatinya dengan lebih selesa nanti,” katanya

Bulan & Pria Terhebat sudahpun memulakan tayangannya pada 12 Mac yang lalu. Bagaimanapun, filem tersebut hanya sempat ditayangkan selama beberapa hari sebelum kerajaan melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan.

Filem arahan Ghaz Abu Bakar ini dibarisi pelakon seperti Zahirah MacWilson, Zizan Razak, Maya Karin, Khir Rahman, Bell Ngasri, Didie Alias, Rashidi Ishak, Alif Hadi, Mimi Ernida, Aprena Manrose, Marissa Yasmin, Sofia Dendroff, Sein Qudsi dan Yus Noor.

Filem yang menelan belanja RM4  juta ini adalah kerjasama sulung Nizra Entertainment, Astro Shaw dan Skop Productions.

Sumber: Harian Metro

Related posts

Hidangan Istimewa Raya Dari Monsta

Kakimuvee

[TRAILER] Jay Zulkarnain Kembali Dalam Sekuel J2: J Retribusi, Eksklusif Di Disney+ Hotstar MY

Kakimuvee

MENCARI RAHMAT Inspirasi Daripada Naskah Terkenal Oscar Wilde ‘The Importance Of Being Earnest’

Kakimuvee

Nikmati Podcast Ramadan Baharu Di SYOK, ‘The Deen Hustlers Show’ & ‘Hikmah’ Musim ke-2

Zulaikha

Kerana Barkoba “18 Puasa Di Kampong Pisang” Kutip RM1 Juta Dalam Masa 3 Hari

Kakimuvee

TRAILER 18 Puasa Di Kampong Pisang: Barkoba Ingin Kongsi Rezeki Bersama Masyarakat

Kakimuvee