Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Berita

Penerbit “Super Mario” Puji Prestasi Chris Pratt

Tahun depan, Universal dan Illumination Entertainment akan mengeluarkan animasi yang diadaptasikan dari permainan video Super Mario.

Nintendo telah mendedahkan barisan pelakon suara untuk filem akan datang, dengan Chris Pratt bersedia untuk memainkan watak maskot bermisai Mario. Pemilihan pelakon untuk watak utama telah menimbulkan kekeliruan dikalangan peminat lama Mario, yang berharap Charles Martinet dipilih untuk peranan itu. 


Dalam temubual dengan Variety, penerbit Chris Meledandri berbicara tentang prestasi bintang utamanya, Chris Pratt, dan mendedahkan bahawa produksi kini 75 peratus siap. Dengan 15 sesi rakaman secara keseluruhan, Melendandri cukup gembira dengan hasilnya,. 

Chris telah dipilih [sebagai watak utama] kerana kami merasakan dia boleh memberikan persembahan yang hebat sebagai Mario. Dan kini kami telah melakukan kira-kira 15 sesi rakaman, dan filem itu sudah tiga suku selesai, saya duduk di sini dan mengatakan bahawa saya suka persembahan Chris sebagai Mario, ujar Meledandri kepada Variety.

Filem aksi langsung Super Mario Bros. pernah dikeluarkan pada tahun 1993, dan dikritik teruk kerana jauh menyimpang dari bahan sumber asal. Kegagalan filem itu telah menyebabkan Nintendo menghentikan adaptasi filem selama beberapa dekad. 

Kini, pencipta Mario, Shigeru Miyamoto turut menyumbang dengan adaptasi terbaharu ini, sekaligus memberi petanda baik kepada visi Nintendo.

Pemilihan Pratt sebagai watak utama mungkin dianggap kontroversi, tetapi barisan pelakon lain nampaknya diterima peminat. Antara pelakon yang menyertai Pratt adalah Anya Taylor-Joy sebagai Peach, Charlie Day sebagai Luigi, Jack Black sebagai Bowser, Seth Rogen sebagai Donkey Kong, Keegan-Michael Key sebagai Toad, Fred Armisen sebagai Cranky Kong, Kevin Michael Richardson sebagai Kamek, dan Sebastian Maniscalco sebagai Spike.

Walaupun Charles Martinet tidak akan mengulangi watak Mario, suaranya akan didengari dalam filem itu dalam beberapa bentuk. Super Mario dijangka ditayangkan di pawagam pada 7 April 2023.

Related posts

[VIDEO] Nathalie Emmanuel Terperangkap Dalam Perkahwinan Pontianak Dalam Trailer “The Invitation”

Kakimuvee

HBO Dedah Poster Rasmi “House of the Dragon”

Kakimuvee

Temuera Morrison Teruja Dapat Muncul Dalam Siri “Obi-Wan Kenobi”

Kakimuvee

Muat Naik Klip “Mat Kilau” Di TikTok, Syamsul Yusof Beri Amaran – Padam Atau Dikenakan Tindakan Saman

Kakimuvee

Disney Sahkan Kedudukan “Doctor Strange 2” Dalam ‘Timeline MCU’

Kakimuvee

Steve Carell Kembali Ke “The Office” Sebagai Gru Dalam Promo Terbaru “Minions: The Rise of Gru”

Kakimuvee

Leave a Comment