Kakimuvee – Portal Informasi Perfileman
Siri TV

Penerbit The Simpsons Respon Pembelian Disney Terhadap Aset Fox – Kelakar

Penerbit The Simpsons James L. Brooks telah mengeluarkan respon terhadap pembelian Disney terhadap aset 21th Century Fox dilaman Twitter beliau semalam.

Disney dilaporkan telah berjaya membeli aset 21th Century Fox yang melibatkan division filem, 20th Century Fox dan beberapa aset hiburan milik Fox seperti Fox Searchlight Pictures, Fox 2000, 20th Century Fox Television, FX Productions, Fox21, FX Networks, National Geographic Partners, Fox Sports Regional Networks, Fox Networks Group International, Star India da Fox’s interests – Hulu, Sky, dan Endemol Shine Group.

Respon penerbit The Simpsons dilihat sangat kelakar kerana menunjukkan Homer Simpsons sedang mencekik ikon Disney iaitu Mickey Mouse.

Siri animasi komedi itu juga telah meramal pembelian Disney terhadap aset Fox dua puluh tahun yang lalu dalam salah satu episod The Simpsons yang keudara pada 8 November 1998.

The Simpsons, telah keudara di bawah payung Fox Broadcasting Company sejak 1989 dan kini The Simpsons akan keudara dibawah payung Disney. The Simpsons terkenal kerana komedinya yang kearah ‘dewasa’ dan kasar serta mengandungi satira-satira politik, agak-agak bagaimana komedi The Simpsons akan berjalan selepas ia berada dibawah telunjuk Disney?

Related posts

Hayden Christensen Akan Kembali Sebagai Darth Vader Dalam Siri Star Wars: Ahsoka

Kakimuvee

Trailer The Flash: Armageddon Mengusik Acara Crossover 5-Bahagian

Kakimuvee

Produksi Secret Invasion Telah Bermula

Kakimuvee

[VIDEO] Hawkeye Tayang Dua Episod Pertama Pada 24 November, TV Spot Terbaru Telah Dilancarkan

Kakimuvee

Succession Kembali Untuk Musim Ketiga Pada 18 Oktober Secara Eksklusif Di HBO GO & HBO

Kakimuvee

Teaser Hanna Musim 3 Goda Tarikh Pelancaran Untuk Siri Aksi Drama Amazon

Kakimuvee

Leave a Comment