
Marvel Cinematic Universe (MCU) telah berkembang menjadi dunia sinematik superhero dengan garis masanya yang semakin kompleks, terutamanya selepas pengenalan ‘multiverse.’ Dengan Black Panther: Wakanda Forever yang semakin hampir menuju tayangan perdananya, Marvel Studios telah mendedahkan di mana garis masa MCU untuk filem ini, dengan tujuan untuk memudahkan pemahaman penonton.Â
Bercakap kepada CinemaBlend, Naib Presiden Pengeluaran & Pembangunan Marvel Studios Nate Moore ditanya tentang garis masa sekuel itu.
Walaupun dia tidak dapat mengingati dengan tepat tahun filem itu ditetapkan, dia mempunyai idea umum tentang tempat filem itu dalam garis masa MCU.
“Filem ini jelas berlaku selepas Spider-Man: No Way Home dan Eternals,” kata Moore.
“Saya fikir ia mungkin berlaku, berpotensi, serentak dengan Thor: Love and Thunder. New Asgard memang wujud dalam filem kami, dan hampir serentak dengan Ant-Man and the Wasp: Quantumania, yang akan keluar pada bulan Februari atau Mac.â
Memandangkan Spider-Man: No Way Home dan Eternals memberi impak yang besar untuk keseluruhan MCU, agak menarik untuk melihat bagaimana sekuel Black Panther menangani peristiwa dalam kedua-dua filem tersebut.
Apapun, sudah tentu, Black Panther 2 akan memfokuskan peristiwa yang bakal berlaku di Wakanda, cuma sebagai peminat, kita pastinya teruja untuk melihat bagaimana filem tersebut bercakap tentang peristiwa lain yang telah berlaku dalam MCU.
Black Panther: Wakanda Forever sekali lagi diarahkan oleh Ryan Coogler daripada lakon layar yang ditulis olehnya bersama Joe Robert Cole.
Ia menyaksikan banyak pelakon asal kembali, termasuk Lupita Nyongâo sebagai Nakia, Danai Gurira sebagai Okoye, Angela Bassett sebagai Ramonda, Martin Freeman sebagai Everett K. Ross, Letitia Wright sebagai Shuri, Winston Duke sebagai MâBaku, dan Florence Kasumba sebagai Ayo.
Menyertai mereka ialah pendatang baharu francais seperti Tenoch Huerta (Narcos: Mexico) sebagai Namor, Michaela Coel (I May Destroy You) sebagai Aneka, Mabel Cadena sebagai Namora, dan Alex Livinalli sebagai Attuma.
Filem terbaru MCU ini akan ditayangkan di pawagam tempatan mulai 10 November ini.